Hi, what are you looking for?

Hiburan

Dia cari yang bagaimana sih? – Media Indonesia lapor Nabila, Emran dah bercerai


Sertai Telegram @KampungMamak untuk kemaskini terpantas.

Berita tersebut tular dalam TikTok sehinggakan pengguna applikasi tersebut memuat naik laporan-laporan kes perceraian mereka.

Sebuah portal hiburan popular di negara seberang, TribunJatim.com melaporkan, pasangan tersebut dikhabarkan sudah bercerai dan menyifatkan Engku Emran yang merupakan seorang usahawan bukan orang atau lelaki sembarangan.

Artikel berkenaan dimuat naik dalam sebuah video TikTok akaun, Indonesia Today bersama keratan laporan yang dilaporkan media massa lain di negara yang cukup terkenal dengan kelantangan pengamal medianya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Sebenarnya, dia (Engku Emran) cari yang bagaimana sih?,” coret seseorang pada satu syot layar laporan berita dakwaan mengesahkan perceraian Noor Nabila dan Engku Emran.

Sementara itu, sebuah portal di sana, Harian Haluan menulis tajuk berita berbunyi, ‘Duh, Mantan Suami Laudya Cynthia Bella Cerai Lagi’ sepertinya sudah rasmi bahawa pasangan tersebut sudah membawa haluan masing-masing.

Perkongsian video terbabit mendapat pelbagai reaksi daripada netizen Malaysia yang turut terkejut dengan laporan berkenaan kerana setakat ini, tiada laporan mengenai perkara itu keluar daripada media daripada Malaysia seperti perceraian antara mereka memang benar-benar sudah berlaku.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Terdahulu, status rumah tangga Noor Nabila dan Engku Emran menjadi tanda tanya ramai apabila wanita itu bertindak memadam semua foto di media sosial bersama suaminya.

Lebih menguatkan spekulasi kepincangan perkahwinan mereka apabila Noor Nabila, 37, memuat naik beberapa perkongsian berupa petikan kata-kata tentang hubungan dan perasaannya sebagai seorang isteri.

Malah, Noor Nabila turut memuat naik petikan tentang kehadiran yang tidak dihargai.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sungguhpun begitu, Engku Emran dilihat masih setia masih menyimpan gambar perkahwinan dan gambar mereka berdua dalam akaun In­stagramnya.

Untuk rekod, sebelum menikahi Noor Nabila tahun lalu, Engku Emran pernah mendirikan rumah tangga dengan dua selebriti jelita iaitu Erra Fazira dan Laudya Cynthia Bella. – KOSMO! ONLINE


Sumber: Kosmo Online

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. GERIK – Mayat lelaki warga emas dijumpai tersangkut pada dahan p di dalam sungai di Kampung Air Panas...

Sukan

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. MANCHESTER – Kekalahan be­sar yang dialami ketika berdepan Manchester City pada aksi Liga Perdana Inggeris Ahad lalu mungkin...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. LONDON: Kedengaran aneh tetapi tidak bagi empat wanita Britain yang teruja memulakan kerja baharu mereka di sebuah pejabat...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. KOSMO! ONLINE melaporkan, restoran asam pedas yang pernah mencetuskan kontroversi kerana isu ‘bahasa kasau’ dan ‘suara petir’ pemiliknya...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications