Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom
#image_title

Hiburan

‘Dia tendang perut selepas saya gugurkan kandungan’


PETALING JAYA – “Dia kata ini bala sebab dedahkan dia.”

Demikian antara pendedahan seorang wanita dalam media sosial tentang seorang pelakon yang menghamilkan dirinya dan memaksanya melakukan pengguguran janin atau bayi.

Dedahnya lagi, selepas melakukan melakukan perbuatan terkutuk tersebut, dia ditinggalkan begitu sahaja dan janji hanya tinggal janji demi menutup aib aktor itu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Sekarang aku sakit kau cakap bala sebab viralkan kau.

“Kaulah paling tersakiti kononnya sebab ‘nama’ kau tercalar tapi kau sihat je, kau boleh pergi bercuti.

“Aku tanggung sakit sendiri. Khabar pun tak tanya. Duit dengan ‘fame’ kau tu boleh kembalikan anak aku ke? Kau patut ada di penjara,” demikian dedahnya menerusi aplikasi X.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menurut pengguna aplikasi X itu lagi, selepas melakukan pengguguran janin seperti disarankan individu terbabit, dirinya kini menderita dengan pelbagai komplikasi pasca prosedur itu.

“Saya sakit mengalami banyak komplikasi sekarang.

“Dua-dua buat salah, saya dah buat bahagian saya. Saya gugurkan bayi seperti apa yang dia minta.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Kau tak kehilangan darah, sakit mental, meroyan dan tak sakit.

“Aku yang sakit teruk dan semua ini akan beri kesan terhadap fertility (kesuburan) pada masa depan,” katanya.

Kata pengguna Twitter itu lagi, dia ditentang aktor lelaki terbabit selepas melakukan proses pengguguran.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Kami banyak kali bergaduh sampai mental saya ‘down’ dan hilang bayi dikandungkan.

“Kadang-kadang, saya terfikir nak beritahu orang tua apa yang terjadi tetapi dia sangat abusive (kuat mendera).

“Dia tentang perut aku selepas saya melakukan pengguguran,” ujarnya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Terdahulu, sebuah akhbar arus perdana mendedahkan seorang penuntut universiti swasta berusia 21 tahun kini terpaksa menanggung kesakitan akibat jangkitan di bahagian rahim selepas menggugurkan kandungan pada Oktober lalu hasil persetubuhan yang dikatakan bersama seorang pelakon terkenal. – KOSMO! ONLINE


Sumber: Kosmo Online

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement