Hi, what are you looking for?

Hiburan

Dibuai indahnya muzik Old Love, bikin jatuh cinta


Sertai Telegram @KampungMamak untuk kemaskini terpantas.

BELUM terlambat rasanya untuk menulis ulasan positif terhadap sebuah karya berjudul Old Love yang sudah beberapa bulan ‘rent free’ di dalam kepala.

Bagi yang mengikuti perkembangan semasa, pasti tahu tentang karya yang sebetulnya pernah dan masih mencipta sensasi dalam media sosial, khususnya TikTok sehingga ke hari ini.

Pertama kali terdengar menerusi TikTok, alunan melodi dan lantunan vokal penyampainya membuatkan hati terdetik, penyanyi dari manakah lagu berkenaan?
Ternyata, bakat tersebut milik anak tempatan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Putri Dahlia dan Yuji mungkin awalnya sangat asing, tetapi selepas Old Love menawan media sosial, baru ramai yang menyedari potensi bakat kedua-duanya.

Menariknya, Putri Dahlia merupakan puteri kepada penyanyi terkenal, Datuk Nora Ariffin dan arwah suaminya, Johan Nawawi.

Yuji pula, belum diketahui sama ada berdarah seni atau tidak.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Apa yang pasti, dia memiliki potensi luar biasa sebagai seorang pencipta lagu yang berkualiti.

Lihat sahaja dengan peluncuran Old Love. Siapa sangka, lagu yang sebegitu berkualiti dihasilkan seorang anak muda yang kelihatannya lebih selesa hidup dengan cara sendiri, tetapi sekali tunjuk bakat, mengagumkan!

YUJI satu nama yang mungkin asing, namun anak muda ini pernah mencipta trending dalam TikTok dengan lagu Kamu bersama YourKid ANDY.

Revolusi

Adunan vokal kedua-duanya cukup sempurna dan merdu didengar. Lembut tanpa ada tekanan nada yang tinggi, cukup bermain dengan alunan yang bersahaja mampu mencairkan hati pendengar.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Suara milik Putri Dahlia sangat unik, jenis suara yang sukar sekali dicari.

Senang cerita, vokal emas miliknya bukan standard penyanyi tempatan tetapi kurniaan dimilikinya melepasi sempadan lokal.

Old Love, sebuah lagu bergenre pop romantik yang tak jemu didengar. Menerbitkan rasa tenang dan membuai perasaan dengan melodi yang perlahan tetapi mendayu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Adakalanya lagu berkenaan membuatkan seperti ada sesuatu yang berlegar dalam dada.

Umpama kata-kata idiomatik dalam bahasa Inggeris, ‘I got butterflies in the stomach’.

Perumpamaan tersebut merujuk tentang satu rasa ‘keresahan’ dalam aspek romantik ketika berhadapan ataupun membayangkan seseorang yang disukai mahupun dicintai.

Advertisement. Scroll to continue reading.
LAGU Old Love membuatkan ramai mula memberi perhatian terhadap bakat istimewa yang dimiliki Putri Dahlia.

Old Love juga ada magis itu. Entah dari mana, sepertinya ada ‘rama-rama’ sedang berterbangan meriah dan perasaan cinta yang menggebu tatkala melodi dan lirik puitisnya mengalir dalam jiwa.

Sebetulnya, muzik seperti Old Love mudah mesra dengan jiwa pendengar tempatan.

Lantas, karya sebegitu harus diperbanyakkan agak industri mampu berdaya saing melakukan revolusi, tidak hanya bergantung dengan genre yang tipikal.

Kalau ada sesetengah penyanyi cenderung menghasilkan lagu mengikut selera pendengar, sebaliknya Yuji pula berdiri dengan perjuangan sendiri dan muncul dengan sesuatu yang berbeza tetapi tetap mampu mencipta sensasi.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Harus ditegaskan, Yuji dan Putri Dahlia, dua bakat muda yang perlu diberi perhatian serius dalam industri.

Kedua-duanya boleh pergi lebih jauh dan mampu mencipta sesuatu dalam lapangan karier masing-masing.

Tak sabar menunggu karya baharu daripada Yuji dan Putri Dahlia selepas ini, semoga terus menyinar!

Advertisement. Scroll to continue reading.


Sumber: Kosmo Online

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. Polis terima laporan aktiviti penyamaran sebagai Pegawai Tinggi KDN PUTRAJAYA, 4 Okt (Bernama) — Polis menerima laporan berhubung...

Sukan

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. KUALA LUMPUR – Dua gol pantas dalam tempoh empat minit dilihat sebagai punca utama kekalahan 2-3 skuad hi...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. NEW YORK: Bekas Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump memfailkan saman fitnah berjumlah AS$475 juta (RM2.13 bilion) terhadap agensi...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. KUANTAN – Sebanyak 14 jenis dadah bernilai RM420,724 yang membabitkan kes dari tahun 2016 akan dilupuskan es. Ketua...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications