Hi, what are you looking for?

Mamak News

Dicekup 9 jam selepas larikan wang, arak


Sertai Telegram @KampungMamak untuk kemaskini terpantas.

KLANG – Lima penyamun berjaya dicekup dalam tempoh sembilan jam selepas memecah masuk premis perniagaan dan melarikan sejumlah wang tunai serta pelbagai minuman keras dalam dua serbuan berasingan di sekitar daerah ini, semalam.

Kesemua suspek lelaki berusia 36 hingga 56 tahun itu ditangkap dalam dua buah rumah sekitar Bandar Bukit Tinggi dan Taman Saujana Jati dalam operasi bermula pukul 8 malam.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, pihaknya terdahulu menerima laporan daripada seorang pengurus wanita sebuah premis perniagaan di Bandar Botanik kira-kira pukul 5.17 petang.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Katanya, pintu premis tersebut didapati dipecahkan dengan wang tunai dan minuman keras telah hilang sebaik pengurus itu tiba kira-kira pukul 11 pagi hari sama di premis tersebut.

Nilai kerugian dianggarkan RM2,400.

“Hasil rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) menunjukkan pergerakan suspek-suspek tersebut di dalam premis berkenaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Bertindak maklumat, sepasukan polis telah melakukan serbuan di dua buah rumah dan menahan lima suspek warga tempatan yang dipercayai terlibat dalam kes tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kata beliau, hasil serbuan turut merampas minuman keras yang dilaporkan hilang dan peralatan alat pecah rumah beserta pakaian yang dipakai dalam kejadian tersebut.

Hoong Fong menambah, semakan mendapati kesemua suspek mempunyai pelbagai rekod lampau atas kesalahan jenayah dan dadah.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Polis telah mendapat perintah reman selama enam hari sehingga 10 Ogos ini terhadap kelima-lima suspek tersebut.

“Siasatan masih dijalankan mengenai penglibatan suspek dalam kes-kes lain dengan kes disiasat mengikut 457 Kanun Keseksaan kerana melakukan pecah rumah,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau meminta para peniaga supaya memaklumkan dengan kadar segera sebarang kejadian tidak diingini supaya tindakan lebih agresif dapat dilakukan pihak polis.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Selain itu, premis perniagaan juga disarankan meningkatkan kualiti CCTV yang dipasang agar imej yang lebih jelas boleh diperolehi dan membantu siasatan pihak polis,” katanya. – KOSMO! ONLINE


Sumber: Kosmo Online

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. DODOMA: Perkhidmatan internet berkelajuan tinggi yang dipasang di lereng gunung Kilimanjaro membolehkan pendaki yang mempunyai telefon pintar membuat...

Hiburan

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. PETALING JAYA – “Nasib baik mo orang putih (minah saleh), kalau mo kita (Melayu) tak dapat bayangkan”. Demikian...

Sukan

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. PENGENDALI Kuala Lumpur City (KL City), Bojan Hodak mengakui pasukannya ada masalah ‘lambat panas’, tetapi masih berjaya merekodkan...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. GEORGE TOWN – Seorang pemilik syarikat penyediaan latihan dan eksekutif kanan sebuah syarikat di sini ditahan reman selama...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications