Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom

Mamak News

Didakwa Hasut Keganasan, Akaun Twitter Kanye West Digantung


Dituduh Hasut Keganasan, Akaun Twitter Kanye West Digantung

Gara-gara didakwa menghasut keganasan, pemilik Twitter Elon Musk menggantung akaun Kanye West selepas dipercayai membuat ciapan yang boleh mencetuskan kontroversi, lapor BBC.

Beliau yang turut dikenali sebagai Ye didakwa membuat beberapa ciapan yang tidak menentu termasuk menunjukkan simbol menggabungkan swastika dan bintang Yahudi sehingga menarik perhatian pemilik Musk.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam satu ciapan, Musk mendakwa penyanyi rap Amerika Syarikat (US) itu telah melanggar peraturan aplikasi berkenaan dalam menentang hasutan untuk keganasan.

“Akaun akan digantung,” kata Musk dalam ciapan Twitter itu.

| KampungmamakcomKredit: Twitter

Menurut BBC lagi, pada masa yang sama, satu temu bual bersama ahli teori konspirasi US Alex Jones telah dijalankan bersama West yang menutup mukanya dengan topeng, pada Khamis lalu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam temu bual itu, beliau memuji pemimpin Nazi Adolf Hitler dan bercakap mengenai dosa, pornografi dan syaitan.

Bagaimanapun Ketua Holocaust Educational Trust United Kingdom (UK) Karen Pollock menyifatkan komen West sebagai ‘menjijikkan dan memuakkan’.

“Komen yang dibuat daripada seseorang yang mempunyai latar belakang berprofil tinggi dan pengikut yang ramai akan memberikan akibat yang berbahaya,” kata Pollock.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kenyataan antisemitik & ditamat kontrak

Sebelum ini, West juga pernah menimbulkan beberapa kontroversi dengan beberapa siri kenyataan antisemitik dan perkauman hingga membuatkan beberapa jenama terkenal memutuskan kontrak dengannya.

Selepas kejadian tersebut, beliau tidak lagi boleh membuka akaun Twitter dan Instagram miliknya pada bulan Oktober.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Tetapi pada bulan itu juga, Musk telah mengambil alih Twitter dan segera melakukan beberapa siri perubahan radikal termasuk menarik balik larangan larangan ke atas akaun kontroversi (West) itu.

Namun Musk ketika itu menjelaskan bahawa dia berkait dengan West di Twitter dan mengatakan akaun penyanyi itu telah pun dikembalikan semula sebelum dia membeli platform media sosial berkenaan.

Difahamkan, West telah didiagnosis dengan penyakit bipolar beberapa tahun lalu dan pernah bercakap secara terbuka mengenai cabarannya dengan kesihatan mental yang dialami.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Walau bagaimanapun, pakar perubatan telah memberi amaran bahawa masalah kesihatan mental dialaminya tidak terlibat dengan tindakannya dalam membuat kenyataan berbaur antisemitik.

Sumber: BBC

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel asal oleh: Siakap Keli

Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement