Hi, what are you looking for?

Mamak News

Didakwa ‘Tuduh’ Anak Mencuri Di 7-Eleven, Tindakan Dua Beranak Ini Raih Perhatian Netizen


Sertai Telegram @KampungMamak untuk kemaskini terpantas.

Tular sejak semalam di media sosial apabila sorang wanita dilihat mengamuk di sebuah 7-Eleven apabila dikatakan seorang pekerja di kedai berkenaan didakwa ‘menuduh’ anak kepada wanita ini mencuri.

Dakwaan tersebut sekaligus turut membuatkan ibu kepada kanak-kanak tersebut hadir ke cawangan 7-Eleven berkenaan dalam bertanyakan punca anaknya dituduh mencuri berikutan anaknya menangis teresak-esak sebaik sahaja pulang ke rumah.

Dalam pada itu, apa yang menjadi perhatian ramai adalah perlakuan dua beranak ini di mana ibunya bertindak dengan penuh emosi dengan menaikkan suara serta menjalankan Facebook Live sebagai ‘pengajaran’ kepada pelanggan-pelanggan lain dan pekerja kedai tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Perlakuan anaknya turut mencuri perhatian netizen apabila dilihat kerap menyepah barangan serta menendang kaunter berkenaan berikutan pertanyaan yang diterima.

@wawapinky1603

♬ original sound – Hazwani

Video yang meraih lebih sejuta tontonan itu sekaligus turut mengundang kepada pelbagai perbincangan di kalangan netizen melihatkan kepada tindakan dua beranak ini dalam berbincang dengan pekerja 7-Eleven. Berikut merupakan respon netizen terhadap isu ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menampar anak, bercakap kasar serta lebih memihak kepada cakap anak berbanding pertanyaan pekerja 7-Eleven antara yang menjadi perhatian ramai.

Menerusi perbincangan dalam video difahamkan pekerja 7-Eleven sekadar bertanyakan sama ada kanak-kanak tersebut mencuri atau sebaliknya selepas mendengar perbualan rakan kanak-kanak tersebut melibatkan kecurian. Situasi menjadi lebih rumit apabila kanak-kanak tersebut melaporkan kepada ibunya bahaya beliau dituduh oleh pekerja 7-Eleven tersebut.

Menerusi perkongsian  Facebook wanita berkenaan iaitu Wan Noor Baizura, beliau memaklumkan anaknya disahkan tidak mencuri selepas pekerja 7-Eleven tersebut mengatakan tiada barang yang hilang.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pekerja 7-Eleven dimaklumkan turut memohon maaf atas apa yang berlaku kepada dua beranak ini manakala wanita tersebut turut tampil membuat permohonan maaf kepada netizen.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas.   PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat melibatkan beberapa kawasan Pantai...

Sukan

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. KOTA BHARU – Kelantan United FC (KUFC) membelasah Selangor FC II dengan jaringan 4-0 pada aksi Liga Premier...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. JAKARTA: Presiden Indonesia, Jo Widodo (Jowi) menggesa pembuat kenderaan elektrik (EV) Tesla untuk mengeluarkan kereta serta bateri jenama...

Hiburan

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. PUCHONG – Pelakon Anna Jobling bersimpati dengan aktor lawannya dalam drama popular Melur Untuk Firdaus, Meerqeen yang dikecam...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications