Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom

Hiburan

Diejek pendek, Yura Yunita cipta karya agungkan wanita


KUALA LUMPUR – Penyanyi Indonesia, Yura Yunita mengakui tidak yakin dengan penampilan diri semasa awal penglibatan dalam dunia seni hiburan ketika dirinya berusia 15 tahun.

Keadaan tersebut berlaku disebabkan Yura atau nama sebenarnya Yunita Rachman diejek pendek sehingga mengganggu emosinya untuk terus berkarya dalam industri hiburan.

“Ketika berusia 15 tahun, saya dikatakan terlalu pendek untuk masuk dalam dunia industri sehingga dilabel tidak sesuai dengan standard kecantikan wanita.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Walhal soal ketinggian adalah pemberian daripada Tuhan dan mustahil orang bertubuh rendah tidak boleh berkarya.

“Tuduhan tersebut membuatkan saya kecewa dengan diri sendiri,” katanya ketika ditemui pada sidang akhbar Pertunjukan Tutur Batin Live Concert Kuala Lumpur di ibu kota, hari ini.

Meskipun menerima tamparan hebat sebelum menjejakkan kaki dalam industri muzik, Yura banyak menerima sokongan daripada ahli keluarga dan orang sekeliling yang menjadi tulang belakang buatnya untuk terus berkarier.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Saya beruntung kerana memiliki wanita-wanita yang luar biasa seperti ibu, nenek dan rakan-rakan perempuan yang lain.

“Mereka memberikan sokongan dan berpesan untuk tidak kalah dengan percakapan orang sebagai wanita.

“Sebagai perempuan juga, saya yakin kita harus berani buat keputusan untuk mencapai cita-cita,” ujar penyanyi berusia 32 tahun itu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bagaimanapun, Yura tetap bangkit dari masa lalu dan terus menyebarkan semangat positif kepada wanita yang selalu merasakan ketidaksempurnaan dalam kehidupan mereka.

“Selepas berdepan cemuhan sebegitu, saya bangkit dan keluarkan karya-karya yang mengagungkan kecantikan wanita kurang berkeyakinan seperti saya.

“Kalau kita tidak mengatasinya sekarang, siapa lagi akan membantu menepis tuduhan yang tidak memberikan keyakinan tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Saya juga mahu membuktikan bahawa kita boleh berkarya dengan identiti masing-masing tanpa mengikut standard kecantikan,” jelasnya.

Malam ini, Yura akan menghiburkan peminat Malaysia sempena penganjuran Konsert Pertunjukan Tutur Batin Live Concert Kuala Lumpur di Zepp Kuala Lumpur. – KOSMO! ONLINE


Sumber: Kosmo Online

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement