Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom

Mamak News

Dijual Pada Harga RM251,190, Ini 10 Air Mineral Paling Mahal Di Dunia


Air merupakan perkara asas yang sangat diperlukan oleh semua makhluk yang hidup di dunia, terutamanya manusia. Manusia memerlukan air bersih untuk diminum bagi memastikan sistem tubuh badan kita dapat berfungsi dengan baik. Mengikut saranan, setiap individu seharusnya minum air secukupnya iaitu sekurang-kurangnya 8 gelas sehari.

Air mineral merupakan air yang diambil daripada sumber kandungan air bawah tanah melalui mata air, gerekan dan lain-lain. Air mineral mempunyai manfaatnya tersendiri terutamanya terhadap kesihatan seseorang.

Namun, tahukah anda bahawa terdapat juga air mineral yang dijual dengan harga yang sangat mahal. Air mineral di dalam botol itu kebanyakannya dijual dengan harga yang mahal kerana ia jarang dijumpai dan bersifat eksotik. Namun begitu, ada juga yang sengaja dijadikan sebagai produk mewah.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Jom sama-sama kita lihat 10 air mineral termahal di dunia.

10) Fine – RM20.89 ($5) setiap 750 ml

Air ini diambil dari mata air di Jepun, iaitu di lereng Gunung Fuji. Gunung tersebut merupakan salah satu tempat paling indah di dunia. Mata air itu terletak 600 meter di bawah lembah gunung dan airnya sangat tulen. Proses salurannya tidak mempunyai sebarang pencemaran dari bahan lain.

Gambar Hiasan via Google

9) Tasmania Rain – RM20.89 ($5) setiap 750 ml

Dianggap sebagai simbolik bagi namanya sendiri, air ini diambil dari sumber hujan Tasmania iaitu pulau yang terletak di selatan tanah besar Australia. Apa yang menjadikannya luar biasa adalah ianya dikumpulkan dalam botol terus dari langit sebelum ia jejak ke tanah. Purata air hujan di Pulau Tasmania merupakan air terbersih disebabkan tiada sebarang pencemaran air.

Advertisement. Scroll to continue reading.
| Kampungmamakcom
Gambar Hiasan via Google

8) Lauquen Artes Mineral Waters – RM 25.07 ($6) setiap 750 ml

Air ini berasal dari akuifer sedalam 1,500 kaki di bahagian terpencil di Andes Amerika Selatan. Satu lagi air yang menggunakan ketulenan dan kebersihan sumber asalnya sebagai ciri yang menonjol.

| Kampungmamakcom
Gambar Hiasan via Google

7) AquaDeco – RM50.14 ($12) setiap 750 ml

Lihat dari segi nama sahaja, ia sudah menunjukkan bahawa air ini banyak dilaburkan dalam segi design. Namun begitu, air AquaDeco ini bukanlah hanya bergaya sahaja. Air ini pernah memenangi pingat emas untuk mata air bukan berkarbonat terbaik pada tahun2007.

| Kampungmamakcom
Gambar Hiasan via Google

6) 10 Thousand BC– RM58.50 ($14) setiap 750 ml

Air ini datang dari tempat yang jauh dan eksotik iaitu di luar pantai Kanada. Setakat ini, proses pengambilan air tersebut akan memakan beberapa hari untuk sampai ke lokasi air dibotolkan.

| Kampungmamakcom
Gambar Hiasan via Google

5) Veen 5 – RM96.11 ($23) setiap 750 ml

Air Veen berasal dari Finland dan boleh dikatakan air paling tulen di dunia.

| Kampungmamakcom
Gambar Hiasan via Google

4) Bling H2O – $40 setiap 750 ml

Botol itu telah diperbuat daripada kristal Swarovski dan disumbat seperti botol champagne. Sebenarnya, air ini kelihatan agak rendah jika dibandingkan dengan beberapa air lain.

| Kampungmamakcom
Gambar Hiasan via Google

3) Fillico – RM167.14 ($219) setiap 750 ml

Botol air ini telah dibuat untuk kelihatan seperti buah catur, khususnya raja dan permaisuri. Hal ini dikatkan sedemikian kerana botol air Fillico dihiasi dengan mahkota emas yang dikaitkan dengan royalti.

| Kampungmamakcom
Gambar Hiasan via Google

3) Fillico – RM167.14 ($219) setiap 750 ml

Botol air ini telah dibuat untuk kelihatan seperti buah catur, khususnya raja dan permaisuri. Hal ini dikatkan sedemikian kerana botol air Fillico dihiasi dengan mahkota emas yang dikaitkan dengan royalti.

| Kampungmamakcom
Gambar Hiasan via Google

2) Kona Nigari – RM1679.76 ($402) setiap 750 ml

Kona Nigari ialah air botol yang dijual di Jepun. Ia dikumpulkan dari mata air sekitar 2,000 meter di bawah laut di luar pantai pulau Hawaii dan dikatakan memberikan pelbagai manfaat terhadap kesihatan seseorang.

| Kampungmamakcom
Gambar Hiasan via Google

1) Acqua di Cristallo Tributo a Modigliani – RM 251,190 ($60,000) setiap 750 ml

Berharga $60,000 atau RM 250,710 untuk sebotol 750 ml, ini merupakan air botol paling mahal di dunia. Air ini pastinya akan menghilangkan dahaga yang dirasa dan sekaligus “menipiskan” dompet anda. Air tersebut berasal dari Perancis dan Fiji. Botol itu adalah emas padu 24 karat dan direka oleh Fernando Altamirano dari Tequila Ley. Beliau merupakan orang yang bertanggungjawab untuk membuat reka bentuk Cognac Dudognon Heritage Henri IV, yang dianggap sebagai botol cognac paling mahal di dunia.

| Kampungmamakcom
Gambar Hiasan via Google

 

Itulah 10 air termahal di dunia. Kesemua air tersebut mempunyai alasannya tersendiri mengapa ia dijual dengan harga yang mencekik darah. Orang yang berkemampuan, pasti tidak kisah untuk membli air tersebut demi memastikan dirinya dapat minum air mineral daripada sumber yang bersih dan selamat.

Sumber: In a Bottle Magazine

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement