Hi, what are you looking for?

Mamak News

Dikejar Gajah Liar, Lelaki Terpaksa ‘Bertapa’ Atas Pokok Selama Sejam Setengah 


Dikejar Gajah Liar, Lelaki Terpaksa ‘Bertapa’ Atas Pokok Selama Sejam Setengah 

Seorang lelaki dilaporkan terpaksa ‘bertapa’ di atas pokok selama satu jam setengah selepas gajah liar secara tiba-tiba datang menyerang ke arahnya di Chinnakanal, Kerala, India, lapor NDTV.

Difahamkan, lelaki tersebut merupakan seorang petani di Chinnakanal daerah Idukki.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dikejar Gajah Liar Lelaki Terpaksa 'Bertapa' Atas PokokGambar: NDTV

Menurut lelaki tersebut, kejadian itu dipercayai berlaku sewaktu dia sedang dalam perjalanan menuju ke atas bukit dari bangsal yang berada di kawasan bawah pada Selasa.

Tambahnya, dia tidak pernah membayangkan terpaksa berlindung daripada haiwan liar itu yang berada berhampirannya.

Berdasarkan video yang tular di media sosial, ia memaparkan lelaki tersebut sedang ‘duduk’ di dahan sebuah pokok sementara menunggu seekor gajah yang berada di kawasan berhampiran untuk beredar dari kawasan itu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dikejar Gajah Liar Lelaki Terpaksa 'Bertapa' Atas PokokGambar: NDTV

“Saya menjerit sepanjang jalan untuk meminta pertolongan penduduk setempat selepas beberapa ekor gajah mengejar saya secara tiba-tiba.

“Saya tak fikir panjang terus memanjat pokok. Di situ, saya terpaksa tunggu selama satu jam setengah,” katanya.

Bagaimanapun, lelaki itu berjaya diselamatkan selepas penduduk tempatan menghubungi pegawai hutan yang bertindak menggunakan mercun untuk menghalau haiwan tersebut dari kawasan berkenaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sebelum itu, seorang pegawai hutan difahamkan telah memberikan amaran kepadanya, namun dia tetap memasuki kawasan kawanan gajah liar itu.

Sumber: India Today,  NDTV

Advertisement. Scroll to continue reading.

BACA JUGA: Seekor Gajah Betina Ditemukan Mati Di Padang Terap

Artikel asal oleh: Siakap Keli

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Tular Video Staf Lapangan Terbang Filipina Kantoi Telan Duit Disyaki Dicuri Daripada Pelancong China Seorang kakitangan wanita lapangan terbang di Filipina kantoi menelan...

Mamak News

0 KUALA LUMPUR – Lima anggota polis antara enam individu ditahan selepas disyaki melarikan seorang lelaki dari sebuah kedai makan yang terletak di Desa...

Mamak News

0 PETALING JAYA – Seorang wanita yang juga suri rumah mencari ‘kawan upahan’ selepas dipercayai mengalami tekanan melampau (burnout), akibat tiga tahun terperap menguruskan...

Mamak News

0 Polis Tahan Lelaki, Disyaki Suspek Kes Bunuh Penyanyi Rap, Tupac Shakur 27 Tahun Lepas Polis Amerika Syarikat menahan seorang lelaki di Las Vegas,...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications