Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom Dikhianati Kawan Persis Tangmo Suspek Siti Nur Surya Masih Tidak

Mamak News

Dikhianati Kawan Bak Kisah Tangmo, Suspek Siti Nur Surya Masih Tidak Mengaku Salah


Insiden melibatkan aktres Tangmo Nida yang ditemui di Sungai Chao Phraya bukan sahaja hangat diperkatakan di bumi Gajah Putih itu, sebaliknya turut mencuri tumpuan majoriti rakyat di negara ini. Berdasarkan tinjauan di beberapa platfrom media sosial khususnya Tiktok, netizen Malaysia sentiasa menanti update terbaru selain cuba merungkai misteri pemergiannya menerusi pelbagai ‘teori’ sebagai tanda solidariti serta mahukan pembelaan sewajarnya buat mendiang.

@ratunaga Kronologi pembunuhan #Tangmo ♬ เสียงต้นฉบับ – กิยู❤ทันจิโร่ – พี่น้องไฮทานิ❤

Namun jangan terlupa, di Malaysia juga pernah berlaku insiden yang serupa membabitkan seorang gadis malang iaitu Allahyarhamah Siti Nur Surya. Hasil siasatan mendapati, dalang utama yang meragut hayat gadis 19 tahun berkenaan adalah rakan karibnya sendiri. Paling menyayat hati, kejadian itu berlaku betul-betul di hadapan Allahyarhamah ibu Siti Nur Surya yang terlantar di atas katil akibat menghidap barah otak.

| Kampungmamakcom Dikhianati Kawan Persis Tangmo Suspek Siti Nur Surya Masih Tidak Mengaku Salah 2

Pihak polis turut tidak menolak kemungkinan suspek berasa tidak puas hati akibat sering disindir menjadi motif insiden pilu tersebut. Bapa Allahyarhamah sendiri malah tidak menyangka rakan anak yang turut dikenali olehnya sanggup bertindak sedemikian rupa. Bagaimanapun, dia berlapang dada untuk memaafkan keluarga suspek gadis tersebut.

| Kampungmamakcom Dikhianati Kawan Persis Tangmo Suspek Siti Nur Surya Masih Tidak Mengaku Salah 3

Terbaru, suspek iaitu Siti Nur Athirah Azmi dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu hari ini atas pertuduhan jenayah dilakukannya terhadap Siti Nur Surya pada 2 tahun lalu. Tertuduh didakwa mengikut Sek. 302KK bagaimanapun buat pengakuan tidak bersalah sebaik kertas pertuduhan selesai dibacakan di hadapan Hakim Datuk Hassan Abdul Ghani.

| Kampungmamakcom Dikhianati Kawan Persis Tangmo Suspek Siti Nur Surya Masih Tidak Mengaku Salah 4

Kredit : FB Suria AzizanKosmo Online

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement