Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom
#image_title

Hiburan

Dikutuk melampau, air mata jantan Hasif Upin tumpah


KUALA LUMPUR – Penyanyi Hasif Upin menitiskan air mata berdepan kecaman melampau netizen ketika berduet lagu Waktu dengan Ziana Zain di Separuh Akhir Muzik Muzik ke-38 (SFMM38), Disember tahun lalu.

Katanya, situasi kurang menyenangkan itu tercetus disebabkan impak serangan Covid-19 beberapa minggu sebelumnya sehingga mengganggu suara serta stamina akibat masalah tekak.

“Sebenarnya bukan tak pernah kena kecam tapi berbeza sikit perasaan pada waktu itu kerana saya kurang sihat yang mengakibatkan jadi terlebih emosi sampai menitik air mata jantan.

“Baca komen melampau buat saya hilang semangat, mungkin kerana tiada lagi mak yang jadi tempat mengadu selain masih belum sembuh sepenuhnya daripada Covid-19 usai bercuti di luar negara.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Apa pun saya tetap gagahkan diri menggalas amanah pada SFMM38  tempoh hari, namun perlu berdepan kata-kata memedihkan. Tak mengapalah, anggap saja itu ujian,” katanya selepas ditemui pada sesi Meet & Greet’ Paling Ikonik Anugerah Juara Lagu Ke-38 di Pasar Seni, semalam.

Hasif atau Hasif Sharuddin, 30, yang asalnya pempengaruh media sosial berkata, dia tetap bersyukur apabila teman gandingan merangkap penghibur senior dihormatinya, Ziana Zain tidak lekang menyuntik semangat.

“Sememangnya saya sangat berbesar hati dapat berpadu suara dengan penyanyi ikon seperti Kak Ziana yang turut berkongsi tips selain minta saya banyak bersabar serta memperbaiki kekurangan.

“Malah, dia juga sentiasa ingatkan agar jaga solat yang juga antara perkara menenangkan untuk buat jiwa tenang,” ujarnya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Enggan terus dibuai syahdu, Hasif mengakui pesanan Ziana membuatkannya bangkit menyahut cabaran bagi menunjukkan prestasi terbaik pada malam AJL 3 Mac depan.

Katanya, sebagai persediaan dia kini kembali berguru dengan Cikgu Shafi sejak bulan lalu bagi mengemas serta mempertajamkan lagi vokal.

“Dulu saya pernah belajar vokal dengan Cikgu Shafi, jadi saya sambung lagi berguru dengannya untuk persiapan menghadapi AJL.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Berdebar-debar, apatah lagi ini penampilan pertama saya dalam pertandingan gah ini namun adanya kak Ziana buat saya jadi lebih bersemangat,” ujarnya.

Terdahulu, ketika awal penerbitan lagu ciptaan Iqie Hugh, John Jeeves dan Firdaus Rahmat lagi Hasif berdepan kecaman apabila didakwa tidak layak berduet dengan penyanyi tersohor seperti Ziana. – KOSMO! ONLINE


Sumber: Kosmo Online

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement