Hi, what are you looking for?

#image_title

Hiburan

Dior pecat Bella Hadid, ganti model Israel


MODEL terkenal, Bella Hadid dilaporkan telah dipecat daripada menjadi duta syarikat kosmetik antarabangsa, Dior susulan kelantangannya bersuara mengenai keganasan tentera Zionis terhadap rakyat Palestin dalam media sosial.

Menurut laporan media tempatan, Dior kemudiannya telah menggantikan posisi Hadid dengan model kelahiran Israel bernama May Tager.

Pemecatan Bella sekali gus menyaksikan wajah model berdarah Palestin itu tidak lagi menghiasi iklan terbaharu Dior yang mempromosikan wangian, Parfum La Collection Privee untuk koleksi musim sejuk akan datang.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Walaupun banyak perusahaan di seluruh dunia menahan diri untuk tidak menunjukkan sokongan terhadap Israel secara terbuka, namun Dior telah memilih model Israel, May Tager untuk meneruskan kempen yang sebelum ini dipegang Bella Hadid,” tulis laporan oleh media Israel, Al Bawaba.

Berita pemecatan model berusia 27 tahun itu yang tersebar luas telah menarik perhatian masyarakat seluruh dunia apabila orang ramai mula melancarkan kempen memboikot jenama tersebut dengan menggunakan tanda pagar #BoycottDior dalam media sosial.

“Jika kamu ingin ‘menghidu’ kematian, pakailah barangan Dior. #BoycottDior,” tulis seorang pengguna aplikasi X.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Boikot Dior! Jenama itu telah menggantikan Bella Hadid yang memiliki 60 juta pengikut dalam media sosial, dengan seorang model Israel yang tidak dikenali,” tulis seorang lagi pengguna aplikasi X.

“Boikot Dior kerana jenama itu menyokong pembunuhan beramai-ramai di Gaza,” tulis seorang netizen.

Bagaimanapun, sehingga kini baik Hadid mahupun Dior belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung perkara tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sebelum ini, Hadid atau nama sebenarnya Isabella Khair Hadid mendedahkan ada menerima mesej ugutan daripada pelbagai pihak selepas nombor telefon peribadinya tersebar.

Perkara itu menyebabkan Hadid sering diganggu sehingga keselamatan diri serta keluarganya terancam.

“Saya menerima ratusan ugutan bunuh setiap hari selepas nombor telefon disebarkan. Malah, keluarga saya juga diancam dan berada dalam bahaya,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Advertisement. Scroll to continue reading.


Sumber: Kosmo Online

Teruskan Membaca

Sukan

0 LONDON – Pengendali Tottenham Hotspur, Ange Postecoglou enggan para pemainnya terlalu kecewa dan mengenang kekalahan 1-2 kepada West Ham United kelmarin sekali gus...

Hiburan

0 PETALING JAYA – Banyak kali berpeluang ke Mekah mengerjakan umrah, pelakon Puteri Sarah Liyana menyifatkan peluang tersebut sebagai rezeki Allah selain mengakui tanah...

Sukan

0 MANCHESTER – Pengurus Manchester City, Pep Guardiola mengakui pasukan itu perlu muhasabah diri bagi memastikan pemain-pemainnya tidak terlalu selesa dengan kejayaan dikecapi selama...

Hiburan

3s KUALA LUMPUR – Penyanyi berbakat besar Nadeera berbesar hati apabila namanya dibandingkan dengan penyanyi senior namun enggan perbuatan tersebut dilakukan secara berlebih-lebihan. Kata...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications