Hi, what are you looking for?

Hiburan

Dipuji jaga aib, doa buat Mizz Nina, Noh Hujan trending


PETALING JAYA – Kisah perceraian pasangan selebriti popular Noh Hujan dan Mizz Nina bukan sahaja mengejutkan industri hiburan seni tanah air malah turut memberi impak kepada khalayak, khususnya peminat mereka.

Rata-rata melahirkan rasa sedih dan terkejut dengan berita perceraian tersebut kerana menganggap pasangan berkenaan sebagai contoh sebelum ini.

Malah, mereka turut memuji pendekatan tenang pasangan berkenaan kerana tidak berkongsi waima sekali pun keburukan dan aib antara satu sama lain kepada umum sebelum atau selepas mengumumkan berita perpisahan mereka.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Sedih mengetahui Nina dan Noh mengambil keputusan untuk berpisah. Kedua-duanya merupakan insan hebat tetapi mungkin itu keputusan yang terbaik buat mereka,” ciap seorang netizen.

“Kaum Hawa boleh mencontohi sikap Nina yang sangat tenang terima ujian Allah SWT, masih menjaga aib suami. Itu yang sepatutnya dilakukan, bukannya viral dan heboh sana sini,” puji seorang netizen.

“Mungkin ramai yang akan menyebelahi Nina tetapi buat Noh, semoga kekal kuat! Raingers (kelab peminat Hujan) masih perlukan karya-karya hebat anda!” komen seorang lagi pengguna Twitter.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sehingga kini, kisah perceraian mereka hangat diperkatakan sehingga nama ‘Mizz Nina dan ‘Noh Salleh’ trending dalam Twitter.

Industri hiburan tanah air semalam dikejutkan dengan berita perceraian vokalis kumpulan Hujan tersebut dengan Nina yang diumumkan menerusi satu hantaran Instagram.

Dalam hantaran tersebut, mereka memberitahu keputusan untuk berpisah diambil selepas melakukan banyak pertimbangan dan memilih untuk kekal berkawan kelak.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Malah, mereka juga memohon diberikan ruang privasi sepanjang tempoh idah.

 Sebelum itu, khabar angin mengenai keretakan rumah tangga mereka hangat diperkatakan sejak bulan lalu namun dinafikan Noh dalam satu temu bual bersama media.

Lebih menghangatkan situasi, muncul dakwaan video lucah yang dikatakan menyerupai Noh tular dalam media sosial namun khabar angin tersebut masih belum ada kepastian sehingga kini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Untuk rekod, Noh atau nama sebenarnya Mohammad Noh Salleh mendirikan rumah tangga dengan Nina yang merupakan anak kepada bekas pengerusi Kumpulan Ambank, Tan Sri Azman Hashim pada 1 Julai 2011.

Selepas 11 tahun mendirikan rumah tangga, pasangan tersebut mengambil anak angkat bernama Musa pada Mac lalu. – KOSMO! ONLINE

 

Advertisement. Scroll to continue reading.


Sumber: Kosmo Online

Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement