Hi, what are you looking for?

#image_title

Mamak News

Dipukul gara-gara terlanggar kereta ketika memotong


SERDANG – Gara-gara berlaku perlanggaran sedikit sewaktu memotong kereta, seorang lelaki tempatan cedera ringan dipukul di Jalan PBS 14/11, Taman Bukit Serdang, Seri Kembangan, di sini, semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Serdang, Superintendan Izzudin Ab Wahab berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada pukul 3.30 petang.

Katanya, kejadian tersebut melibatkan dua lelaki tempatan serta dua kenderaan yang dinaiki mereka.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Siasatan awal mendapati, kejadian berpunca akibat perlanggaran sedikit sewaktu sebuah van memotong kereta yang dinaiki seorang lelaki berusia 64 tahun.

“Susulan itu, berlaku pergaduhan antara dua pemandu tersebut dan menyebabkan pemandu van yang berusia 24 tahun mengalami kecederaan luka kecil. Mangsa telah mendapatkan rawatan di Hospital Serdang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Izzudin, keterangan semua pihak yang terlibat sudah diambil dan mereka mengambil keputusan menyelesaikannya dengan cara baik.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Terdahulu, tular satu video di aplikasi Facebook berhubung pergaduhan antara dua individu yang memaparkan seorang lelaki mengalami cedera luka di bahagian kepala ekoran dipukul dengan objek tumpul.- KOSMO! ONLINE.


Sumber: Kosmo Online

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Polis Nafi Zayn Rayyan Mangsa Dera PETALING JAYA, 8 Dis (Bernama) — Tiada bekas luka lama akibat penderaan dikesan pada badan kanak-kanak autisme...

Sukan

0 PETALING JAYA – Skuad hi remaja lelaki negara terpaksa akur dengan kehebatan Australia apabila tewas 2-5 di Stadium Hi Nasional, Bukit Jalil sebentar...

Hiburan

0 PETALING JAYA – Pelakon veteran era 1980-an, Datin Maria Arshad masih berada dalam keadaan separuh sedar selepas dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU)...

Mamak News

0 Tak Kumpau, Budak 11 Tahun Berjaya Naikkan Ikan Keli Berat 68 Kilogram Seorang kanak-kanak berasal dari United Kingdom dilaporkan berjaya menangkap ikan keli...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications