Hi, what are you looking for?

Mamak News

Disindir Netizen ‘Tolak Mercedes Tapi Pakai Kasut Mahal’, Ini Balas PM Anwar


Baru-baru ini, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan dirinya menolak untuk menggunakan kenderaan mewah berjenama Mercedes sebagai pengangkutan rasmi hingga mendapat perhatian umum.

Kata Anwar, beliau sebaliknya memilih untuk menggunakan aset kerajaan yang sudah sedia ada untuk kegunaan rasmi hariannya.

Oleh itu, ramai yang mengangumi langkah dan sifatnya yang  sering memikirkan cara untuk bersederhana walaupun sudah dilantik sebagai Perdana Menteri.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Namun, terdapat juga segelintir pihak yang sering mencari kesalahan Ahli Parlimen Tambun itu sehingga beliau menjawab dakwaan supaya tiada fitnah yang ditimbulkan pada masa akan datang.

Dalam satu ciapan di Twitter, seorang netizen membuat kenyataan dipercayai berbaur sindirian dengan mengatakan; walaupun Anwar telah menolak untuk menggunakan sebuah kenderaan jenis Mercedes S600 atas urusan rasmi, namun beliau dilihat mengenakan kasut jenama Louis Vuitton (LV) yang berharga kira-kira RM5,500.

“Pung pang pung pang tolak S600 Mercedes, pakai capal..hari ni dah upgrade ke kasut berharga lebih daripada RM5,500..masyukk PM #KitaBoleh,” dakwa kenyataan itu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kenyataan individu itu tular dan menerima pelbagai maklum balas daripada kalangan netizen lain sehinggalah ia tiba ke pengetahuan Anwar sendiri.

Namun dakwaan itu disangkal oleh Anwar dengan menyatakan bahawa kasut tersebut sebenarnya merupakan hadiah pemberian Sultan Johor pada dua tahun lalu.

Ujarnya, rakyat mempunyai hak untuk mempersoal segala perkara yang berkaitan dirinya namun jangan sampai membawa fitnah kepada umum.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kredit: Twitter

“Ia pemberian Tuanku Sultan Johor 2 tahun yang lalu. Saudara nak persoal saya tidak mengapa, tapi jangan bawa naratif fitnah,” kata Anwar membalas kenyataan tersebut.

Difahamkan, Anwar turut memakai kasut tersebut semasa mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ke 10 pada 24 November lalu.

BACA: ‘Tolak Kereta Mercedes, Guna Apa Saja Sedia Ada’ – Anwar

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Anwar Ibrahim via Twitter


Artikel asal oleh: Siakap Keli

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Sukan

0 KUALA LUMPUR – Terengganu kekal dengan rekod tanpa kalah di pentas Piala AFC selepas mengikat Central Coast Mariners 1-1 di Stadium Central Coast,...

Mamak News

0 JAKARTA: Aplikasi video pendek, TikT dalam proses mendapatkan permit e-dagang daripada kerajaan Indonesia, lapor agensi berita Antara yang memetik Timbalan Menteri Perdagangan, Jerry...

Hiburan

0 PUTRAJAYA – “Saya terkejut apabila terbaca mengenai gosip (bercium) itu. Ia tidak berlaku langsung” Demikian ulas pelakon Meerqeen sambil menafikan dakwaan bercium dengan...

Mamak News

0 Syarikat Bantu Urus Penghantaran Pulang Jenazah Pekerja Bangladesh GEORGE TOWN, 29 Nov (Bernama) — Syarikat kepada seorang daripada tiga pekerja pembinaan warga Bangladesh...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications