Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom

Mamak News

Disyaki Culik Kanak-kanak, Wanita Dipukul & Dibakar Hidup-hidup


Disyaki Culik Kanak-kanak, Wanita Dipukul & Dibakar Hidup-hidup

Seorang wanita dipukul dan dibakar hidup-hidup gara-gara disyaki menculik kanak-kanak dalam kejadian yang berlaku di Bandar Sorong, Papua Barat pada Selasa, lapor Republika.

Ketua Pesuruhjaya Perhubungan Awam Polis Wilayah Papua Barat, Adam Erwindi yang mengesahkan kejadian tersebut berkata, mangsa akhirnya maut serta-merta di tempat kejadian.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Ya betul, pagi tadi berlaku satu kejadian pukul dan bakar seorang wanita. Maklumat awal selepas saya sahkan kepada Ketua Polis Bandar Sorong, Selamat Perdana Yudianto.

“Maklumat awal, mangsa disyaki penculik kanak-kanak oleh masyarakat Kokoda, disebabkan itu, mangsa dipukul oleh kumpulan penduduk. Mangsa ditahan seterusnya dituang dengan minyak petrol sebelum dibakar,” jelasnya.

Kejadian tersebut berlaku di Kompleks Kokoda yang terletak di Kilometer 8, Kampung Klasabi di daerah Sorong Manoi pada pagi Selasa sehingga menyebabkan mangsa maut di tempat kejadian.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ekoran itu, orang ramai dinasihatkan supaya tidak mengambil undang-undang sendiri dan menyerahkan kes itu kepada pihak polis.

| Kampungmamakcom Disyaki Penculik Kanak kanakGambar: Pedoman Rakyat

Sementara itu, Selamat Perdana masih menyiasat mengenai kesahihan dakwaan berkenaan hingga menyebabkan mangsa meninggal dunia.

Malah, pihak polis juga dilapor sedang menjalankan tindakan undang-undang terhadap suspek yang mengambil tindakan sendiri.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Rayuan kepada penduduk Papua Barat supaya tidak terpengaruh dengan isu penculikan kanak-kanak, jika benar ada kes penculikan, laporkan kepada pihak polis,” maklumnya.

Bekas Ketua Polis Manokwari turut mengingatkan penduduk bahawa hukuman juga akan diberikan kepada penduduk yang mengambil undang-undang yang tersendiri apatah lagi sehingga membawa maut.

“Sekiranya kejadian seperti ini berlaku akan ada hukuman kepada kumpulan penduduk yang membakar mangsa. Kami berharap kejadian seperti ini tidak akan berulang,” tambahnya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Republika

Artikel asal oleh: Siakap Keli

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement