IPD Padang Besar hari ini mengeluarkan satu kenyataan berhubung kes seorang wanita berusia 28 tahun yang ditahan polis kerana disyaki terlibat dalam kes mencuri tabung masjid di Masjid Padang Pauh, 2 hari lalu.
Guna duit curi tabung masjid beli makanan, isi minyak motor dan topup
Wanita tersebut mengaku telah mengambil tabung di Masjid Padang Pauh dan telah memecahkannya di dalam sebuah tandas di Nat Santan.
Menurut kenyataan IPD Padang Besar, ketika ditahan, wanita tersebut memberitahu polis bahawa dia telah membelanjakan semua wang tabung itu untuk membeli makanan, selain itu, dia juga telah menggunakan wang tersebut untuk mengisi minyak motorsikalnya dan juga membeli tambah nilai untuk telefonnya.
Kes akan disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri dalam bangunan.
Tambahnya lagi, orang ramai boleh menyalurkan sebarang maklumat berkaitan aktiviti pengedaran dadah ataupun penyeludupan daun ketum dengan menghubungi talian hotline IPD Padang Besar yang beroperasi 24 jam 04-9491481 berserta dengan maklumat lengkap dan identiti anda akan dirahsiakan.
