Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom
#image_title

Mamak News

Ditanya Mengenai ‘Isteri Pertama Untuk Dihargai, Isteri Kedua Untuk Dicintai’, Ini Jawapan UAI


Ditanya Mengenai ‘Isteri Pertama Untuk Dihargai, Isteri Kedua Untuk Dicintai’, Ini Jawapan UAI

Pendakwah bebas terkenal tanah air, Ustaz Azhar Idrus (UAI) menjawab mengenai kenyataan ‘isteri pertama untuk dihargai, isteri kedua untuk dicintai’ selepas disoal ketika dalam satu ceramah baru-baru ini.

Dalam satu ceramahnya, seorang individu menanyakan soalan tersebut untuk mendapatkan pengesahan yang jelas daripadanya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Betul ke isteri pertama untuk dihargai, isteri kedua untuk dicintai?” tanya soalan itu.

“Isteri pertama untuk dihargai, isteri kedua untuk dicintai.

“Betul atau tidak? Jawabnya betul…orang ini sudah tidak betul.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Ini siapa, hadis ke apa? Ini perkataan netizen. Hidup kita kena ikut netizen ke kena ikut hadis? Kita ikut netizen, sesatlah kamu jumpa api neraka nanti,” jawabnya pada Jumaat lalu.

Beliau kemudiannya menjelaskan tentang kepentingan buat seseorang itu berpegang dengan dua tali atau dua perkara sebagaimana yang dijelaskan di dalam sebuah hadis.

تَركْتُ فِيْكُمْ أَمْرَيْنِ، لَنْ تَضِلُّوْا مَا تَمَسَّكْتُمْ بِهِمَا: كِتَابَ اللَّهِ، وَسُنَّةَ نَبِيِّهِ

Advertisement. Scroll to continue reading.

Maksudnya: Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara dan kamu tidak akan sesat selagi mana kamu berpegang dengannya iaitu kitab Allah (al-Qur’an) dan sunnah Nabi-Nya (Sunnah Nabi SAW). [Riwayat Malik, 1594].

BACA: “Kalau Comel Ikut Ayoh…” Ustaz Azhar Idrus Timang Cahaya Mata Ke-12

Tiada dalam hadis

Advertisement. Scroll to continue reading.

Jelasnya, tiada hadis dalam al-Quran menyatakan isteri pertama untuk dihargai, isteri kedua untuk dicintai.

“Oh sedap gamok. Ini (ungkapan itu) hari-hari kita buat status dalam Facebook, pandai-pandai buat status.

“Ada yang betul, ada yang mengarut. Yang mengarut pun lima likes dapat. Kerana apa nak tunjuk pandainya tulis status,” katanya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

UAI turut menjelaskan tidak salah untuk membuat status setiap hari namun ia perlulah betul dan bersandar kepada agama dan syarak.

Tambahnya, dahulu, sebelum memuat naik sesuatu perkara di media sosial satu penelitian akan dijalankan namun kini tidak ramai yang peduli tentang itu dan hanya memuat naik sesuka hati.

“Sekarang kita punya surat khabar (media sosial), tulis je, tekan send worldwide baca (satu) dunia baca. Kalau salah, sampai akhirat menanggung dosa.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Tulis dosa, tulis dosa. Last nanti si polan bin si polan dari Batu Dua Kuantan go to hell.

“Masa ini kita nak betulkan. Tulis benda yang baik, kenapa tulis mengarut.

“Ni nak cakap yang pelik-pelik nak buat apa? Ada pula untuk dihargai? Selepas itu mu tak cinta dia? Bukan jangan gitu,” ulas UAI lagi.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Suami yang baik adalah suami yang berbuat baik kepada isteri

Dalam pada itu, UAI juga mengatakan kenyataan yang dikeluarkan itu boleh menyakiti hati isteri pertama.

“Siapa yang menjadi isteri pertama dia terasa hati. Betul tak? Terasa hati orang. 

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Sebenarnya, kedua-dua sama ada isteri pertama dan kedua adalah tanggungjawab kita (suami) dan kita akan ditanya di akhirat,” katanya.

UAI juga mengambil peluang menerangkan bahawa suami yang baik, adalah mereka yang berbuat baik kepada isteri.

Disebabkan itu, si suami digalakkan untuk mengatakan perkara yang baik-baik kepada isteri tanpa menyakitkan hatinya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Nabi kata suami yang baik bukan isteri dia tiga dua satu, dok. Tak kisah isteri dia berapa pun, suami yang baik adalah suami yang paling banyak berbuat baik kepada isteri,” katanya.

خَيْرُكُمْ خَيْرُكُمْ لأَهْلِهِ وَأَنَا خَيْرُكُمْ لأَهْلِي

Maksudnya: Sebaik-baik daripada kalangan kamu ialah yang paling baik terhadap isterinya. Dan aku adalah yang terbaik terhadap isterinya. [Riwayat Ibn Majah, 9:2053].

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Jadi kalau ucapan kita menyebabkan bini kita sakit hati, adakah kita yang terbaik? Patut kalau kita cakap je bini kita suka. Kita hantar mesej je menggembirakan hatinya,” jelasnya.

Saksikan jawapan penuh di bawah ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Ustaz Azhar Idrus/Youtube

Artikel asal oleh: Siakap Keli

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement