Hi, what are you looking for?

Luar Negara

Ditipu penderma sperma, wanita enggan terima bayi dikandung


TOKYO – Gara-gara ditipu penderma sperma mengenai latar belakang pendidikannya, seorang wanita di Jepun mahu menyerahkan bayi yang bakal dilahirkan kepada orang lain untuk dijadikan anak angkat, lapor akhbar New York Post kelmarin.

Menurut laporan, wanita berusia dalam lingkungan  30-an yang identitinya tidak didedahkan itu sebelum ini menggunakan bantuan seorang lelaki agar dia dapat mengandungkan anak keduanya.

Dia bertindak demikian selepas diberitahu bahawa suaminya mempunyai masalah kesihatan. 

Advertisement. Scroll to continue reading.

Disebabkan itu, mereka menggunakan khidmat seorang ‘lelaki Jepun’ yang didakwa merupakan graduan dari Universiti Kyoto serta mempunyai kehidupan yang berjaya.

Bagaimanapun, selepas disahkan hamil hasil daripada hubungan seks dengan lelaki tersebut, wanita berkenaan mendapat tahu bahawa dia sebenarnya merupakan seorang lelaki dari China, malah bukan graduan universiti.

Justeru itu, wanita tersebut menyaman lelaki berkenaan sebanyak 330 juta yen (RM12 juta) selepas mendapat tahu mengenai identitinya yang sebenar.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dia juga ingin menyerahkan bayi yang dikandungnya kepada mana-mana individu untuk dipelihara kerana mengalami tekanan perasaan akibat pembohongan itu.

“Di Jepun, tiada sistem awam atau undang-undang bagi proses pendermaan sperma,” kata peguam wanita tersebut dalam satu sidang akhbar.

Tambah peguam tersebut, anak guamnya mengalami tekanan perasaan akibat kecaman yang diterima susulan keputusannya yang enggan menerima bayi tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Dia mempunyai pemikiran yang sempit kerana menganggap anak seperti sebuah objek. Saya berpendapat adalah lebih baik sekiranya bayi itu diserahkan kepada individu yang boleh menjadi ibu atau bapa angkat yang baik,” kata seorang pekerja kebajikan kanak-kanak, Mizuho Sasaki. – AGENSI

Sumber: Kosmo Online

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Macron Didakwa Sor Jam Tangan ‘Mewah’ Dalam Rancangan TV Sebuah video yang menunjukkan tindakan Presiden Perancis, Emmanuel Macron cuba menanggalkan jam mahalnya dalam...

Mamak News

0 BAGAN SERAI – Sebuah rumah penduduk di Jalan Baru Alor Pongsu hampir musnah, manakala dua buah yang lain bumbung tercabut setelah dipukul angin...

Lifestyle

0 Hingga buat netizen terliur Lebih 13K , Wanita Ini Kongsi Resipi Sardin Pedas ‘Smiling Fish’ Dengan Terung Asam. Sebut sahaja jenama ‘smiling fish’...

Mamak News

0 SEBERANG PERAI – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) meminta sekolah rendah khususnya para guru untuk memantau murid mereka terutama Tahun Satu yang menjalani ibadah...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications