Hi, what are you looking for?

Hiburan

Doakan saya menang kes ini – Puteri Sarah


PETALING JAYA – Sejak isu menghendap secara maya dibentang dalam Dewan Rakyat untuk bacaan kali pertama baru-baru ini, perkara tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada orang ramai.

Tidak terkecuali, golongan selebriti seperti aktres popular, Puteri Sarah Liyana apabila menyuarakan pendapat mengenai pembentangan yang diusulkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Mas Ermieyati Samsudin.

Puteri Sarah dalam satu hantaran InstaStorynya memuat naik tangkap layar laporan berita mengenai isu tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Malah, dia turut memohon orang ramai mendoakan kemenangannya untuk kes yang difailkannya berkaitan gangguan yang diterimanya daripada seorang wanita dalam media sosial.

“Insya-Allah. Doakan saya menang kes.

“Mungkin saya boleh bertemu dengan Mas Ermieyati,” kata pemilik nama penuh Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin itu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam pembentangan sama, Mas Ermieyati berkata, perbuatan menghendap secara maya tidak membabitkan sentuhan atau mendatangkan kecederaan boleh menyebabkan mangsa mengalami gangguan mental dan emosi.

Oleh itu, perkara tersebut dikategorikan sebagai satu jenayah menurut Rang Undang-Undang Kanun Keseksaan (Pindaan) 2022, Akta Kanun Keseksaan (Akta 574).

Pada 30 Jun lalu, Puteri Sarah memfailkan saman terhadap seorang wanita yang didakwa mengganggu rumah tangganya sejak empat tahun lepas.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Malah, pelakon itu juga mendapatkan perintah interim injuksi kepada pihak defendan berhenti meluah atau menyebarkan sebarang gangguan dalam media sosial.

Terdahulu, pergolakan rumah tangga antara aktres itu dengan suaminya, pengarah Syamsul Yusof berlarutan sejak empat tahun lalu selain dia mengesahkan mereka tidak lagi tinggal sebumbung gara-gara gangguan orang ketiga.

Dia sebelum ini mendedahkan wanita terbabit berterusan mengganggunya dan Syamsul sejak tahun 2019 lagi.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pelakon berkenaan juga mendakwa individu terbabit melakukan gangguan-gangguan berkenaan dengan bersembunyi di sebalik puluhan akaun media sosial palsu yang diciptanya.

Sebelum ini, tular dalam media sosial yang mengatakan pengarah filem Mat Kilau itu sudah pun berkahwin lain, namun dinafikan Syamsul. – KOSMO! ONLINE


Sumber: Kosmo Online

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement