Hi, what are you looking for?

Mamak News

Doktor Ajar Langkah Paling Mudah Untuk Waspada Dan Cegah Jangkitan Influenza


Sertai Telegram @KampungMamak untuk kemaskini terpantas.

Secara ringkasnya, simptom influenza adalah seakan-akan sama dengan COVID-19 iaitu demam, selesema, batuk, sakit tekak dan sakit sendi.

Cara penularan dan tempoh kebolehjangkitan kedua-dua penyakit mudah berjangkit ini juga sebenarnya adalah sama.

BACA: Simptom Nampak Sama Buat Ramai Keliru, Ketahui Perbezaan Influenza Dan COVID-19

Advertisement. Scroll to continue reading.

Oleh itu, adalah penting bagi orang ramai untuk sentiasa berwaspada dan mengambil langkah-langkah pencegahan sewajarnya bagi mencegah penularan penyakit influenza ini yang dijangka lebih serius dan berlarutan sehingga bulan Mac 2023 nanti.

Di laman Facebooknya, Dr Zubaidi Hj Ahmad ada membuat satu hantaran mengenai langkah mudah bagi mencegah jangkitan influenza yang boleh dijadikan perkongsian dan rujukan bersama setiap ahli keluarga di Malaysia.

Influenza

JANGKITAN INFLUENZA BERBAHAYA

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengeluarkan notifikasi kepada masyarakat bahawa jangkitan virus influenza pada kali ini adalah lebih serius.

Cara mencegahnya adalah dengan cara memastikan tekak sentiasa lembab dan jangan membiarkan ia menjadi kering.

Tekak yang kering akan menyebabkan virus lebih mudah memasuki tubuh melalui pembukaan pada selaput di tekak. Virus akan mudah pergi ke seluruh badan selepas memasuki pembukaan ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Minum air secukupnya terutama pada kanak-kanak, warga tua, wanita hamil dan menyusukan anak dan pesakit kronik.

Keraplah minum air kosong memastikan tekak kita lembap dan menghalang jangkitan virus ini.

Jangkitan ini dijangkakan berlaku sehingga bulan Mac. Jadi elakkan berada di kawasan yang sesak dan panas, dan pastikan memakai penutup muka jika berada di kawasan ini. Ambillah makanan/minuman yang kaya dengan antioksidan vitamin C dan E.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Tanda-tanda jangkitan virus influenza adalah:

  1. Demam tinggi yang berulang
  2. Batuk dan selesema yang berlanjutan

Bagi kanak-kanak, mereka menjadi tidak aktif. Bagi orang dewasa, ia menyebabkan rasa tak sedap badan, sakit kepala, batuk dan selesema.

Ia mudah berjangkit dan berbahaya.

Berjumpalah dengan doktor jika mengalami demam tinggi yang berulang, selesema dan batuk.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Semoga bermanfaat.

#HealthDrZubaidi

Sumber: Facebook Dr Zubaidi Hj Ahmad

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. TAIPING – Kementerian Kesihatan (KKM) menafikan dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan terdapat pesakit terpaksa menunggu lama bagi mendapatkan...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. TAIPEI: Jet pejuang dan kapal perang China dilaporkan sudah melintasi garis sempadan di Selat Taiwan, hari ini. Tentera...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. KLANG – Lima penyamun berjaya dicekup dalam tempoh sembilan jam selepas memecah masuk premis perniagaan dan melarikan sejumlah...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. IPOH – Kerajaan digesa campur tangan menyelesaikan kemelut yang dihadapi penghantar makanan selepas syarikat penghantaran makanan didakwa menindas...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications