Hi, what are you looking for?

Kesihatan

Doktor Kongsi Jenama Self-Test Kit Dengan Keputusan Ujian COVID-19 Yang Lebih Tepat


Sertai Telegram @KampungMamak untuk kemaskini terpantas.

Lambakan kit ujian kendiri COVID-19 di pasaran pastinya sedikit sebanyak membuatkan kita ‘pening’ dan keliru untuk memilih yang terbaik kerana kadang-kadang ada diantaranya palsu dan tidak mendapat kelulusan daripada KKM.

Baru-baru ini kecoh di media sosial apabila ada netizen yang membuat sendiri ujian saringan COVID-19 menggunakan self-test kit ini namun mendapat keputusan yang berbeza dan tidak tepat.

Dalam sebuah perkongsian yang dibuat oleh seorang individu yang dikenali sebagai Dr Muiz Murad ini, dia ada menyenaraikan  beberapa jenama self test kit sebagai panduan untuk pengguna.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam hantaran yang dimuat naik di Twitter miliknya itu, Muiz telah menunjukkan jenama yang mengeluarkan keputusan positif dan negatif apabila digunakan oleh pengguna.

Yang bertanda hijau adalah lebih baik digunakan. ” Kawan doktor saya punya pesakit yang ramai mendapat keputusan negatif bila menggunakan yang kiri namun positif apabila guna yang di sebelah kana & buat PCR.”

BELI SELF-TEST KIT COVID-19:

Meninjau ruangan komen, ramai warga maya berkongsikan pengalaman menggunakan self-test kit  dan masing-masing memberi jawapan yang sama seperti yang diperkatakan Muiz iaitu keputusan negatif diperoleh ketika melakukan ujian sendiri namun keputusan positif setelah membuat ujian PCR.

Sebagai kesimpulan, ada yang beranggapan bahawa orang ramai perlu menggunakan lebih dari satu alat ujian kendiri di rumah untuk mendapat keputusan yang sebaiknya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Namun jika bergejala segera lakukan ujian saringan di klinik ataupun hospital.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. BERA – Mayat salah seorang mangsa yang hilang dibawa arus deras Sungai Triang dekat Kampung Kerayong di sini...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. BENTONG – Seorang lelaki warga asing maut dipercayai dibunuh dalam satu pergaduhan dengan seorang lelaki di kawasan kebun...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. REMBAU – Kemalangan yang tular di media sosial ketika ini tidak membabitkan pelajar sekolah yang melintas, sebaliknya pekerja...

Sukan

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. TANJUNG MALIM – Atlet Universiti Malaya, Amni Mohammad Naqib kecewa apabila impiannya untuk berkongsi pingat emas dalam acara...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications