Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom

Sukan

Donna Vekic hadapi tugas sukar di suku akhir


MELBOURNE – Bintang tenis Croatia, Donna Vekic mahu mencipta sejarah melangkah ke pentas separuh akhir Grand Slam Terbuka Australia buat pertama kali sejurus mengatasi pemain ranking 82 dunia, Linda Fruhvirtova kelmarin.

Bagaimanapun, Vekic meng­akui tugasnya di pentas suku akhir agak sukar apabila akan menentang pilihan kelima, Aryna Sabalenka hari ini yang mengatasi Belinda Bencic 7-5, 6-2 pada pusingan keempat.

Berdasarkan rekod, Vekic mempunyai kelebihan kerana dalam enam pertemuan sebelum ini, pemain berusia 26 tahun itu telah meraih lima kali kemenangan dan hanya satu kali tewas berdepan Sabalenka.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kali terakhir mereka bertemu di San Diego pada 2022, di mana Vekic mencatat kemenangan 6-4, 6-7, 6-1 dan satu-satunya kemenangan pemain Belarus itu ke atas Vekic adalah ketika saingan di San Jose pada 2019.

“Sudah tentu dia (Sabalenka) bermain dengan baik di Terbuka Australia ini. Apapun, saya mempunyai rekod pertembungan yang hebat dengan Sabalenka.

“Semua perlawanan kami sangat sukar, jadi saya pasti perlawanan seterusnya akan menjadi pertembungan sengit juga.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Saya tidak fikir soal mara ke separuh akhir kerana ini adalah pertembungan besar bagi kami berdua. Saya juga yakin dia juga berfikir macam itu,” kata Vekic.

Selain itu, pemain di ran­king 31 dunia, Karolina Pliskova turut melangkah ke suku akhir dan akan berdepan Magda Linette dari Poland pada aksi hari ini. – AGENSI


Sumber: Kosmo Sukan

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement