Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom

Mamak News

Dr Radzi Jidin Gariskan 7 Pendekatan Bagi Menangani Masalah Beg Sekolah Berat


Masalah beg murid sekolah berat telah dibincangkan sejak 42 tahun yang lalu namun sehingga kini masih belum nampak jalan penyelesaiannya.

Walau sudah berkali bertukar-tukar menteri, malah pernah juga bertukar kerajaan, namun masalah ini masih lagi menghantui rakyat Malaysia.

Sebelum ini juga, portal berita FMT telah melaporkan tentang kisah pelajar Tingkatan 5, Nurul Hanim Fazwin, 17, yang terpaksa menjalani pembedahan membetulkan tulang belakang yang bengkok 40 darjah gara-gara berat beg sekolah.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pelbagai pihak termasuk bekas Menteri Pendidikan Maszlee Malik, Jawatankuasa Pendidikan Pakatan Harapan dan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) turut sempat memberi maklum balas mengenainya.

Namun, masalah ini bagaikan tiada penghujung malah segelintir pihak sekolah juga dilihat seolah-olah tidak peduli dan lepas tangan sahaja.

Justeru, Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Mohd. Radzi bin Md. Jidin melalui Facebooknya semalam telah menggariskan 7 pendekatan bagi menangani masalah ini melalui satu klip video.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Berikut merupakan 7 pendekatan yang telah didedahkan beliau:

| Kampungmamakcom 1 Facebook Dr Radzi Jidin

1) Penyediaan lokar bagi murid tahap satu dan memperluaskan lokar bagi murid tahap dua. Bagi sekolah satu sesi pula, murid akan menyimpan buku di dalam laci meja di kelas masing-masing.

| Kampungmamakcom Facebook Dr Radzi Jidin

2) Penyusunan semula jadual waktu mengikut kaedah dan pelaksanaan yang sesuai. Hanya subjek tertentu akan diajar dalam satu-satu minggu itu. Ini bagi membolehkan jumlah buku teks atau aktiviti dibawa ke sekolah dapat dikurangkan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

3) Penggunaaan buku latihan tidak melebihi dua buah buku bagi setiap mata pelajaran pada satu-satu masa dan buku latihan ini tidak boleh melebihi 80 halaman.

| Kampungmamakcom Facebook Dr Radzi Jidin

4) Murid hanya dibenarkan menggunakan buku aktiviti yang disediakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Buku aktiviti juga hanya boleh digunakan sebagai bahan rujukan atau ulang kaji di luar waktu PdP di sekolah.

5) Penerbitan baharu buku teks dalam format digital secara berterusan. Sebanyak 692 judul buku teks digital telah dimuat naik dalam pelantar Digital Educational Learning Initiative Malaysia (DELIMa). Murid yang mempunyai peranti boleh mengakses buku teks digital bagi memudahkan pembelajaran mereka.

Advertisement. Scroll to continue reading.

| Kampungmamakcom Facebook Dr Radzi Jidin

6) Penggunaan PdP berpusatkan murid  iaitu pembelajaran bertema, modular, berasaskan projek, simulasi amali atau terbeza.

7) Murid diberi kelonggaran memakai uniform sekolah semasa sesi persekolahan KAFA.

| Kampungmamakcom 5 Facebook Dr Radzi Jidin

Sumber & kredit foto: Buletin TV3, FMT, Facebook Dr Radzi Jidin

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Hiburan

6s SEPANG – Pelakon dan pelawak, Aya Amiruddin tidak melihat bentuk tubuhnya yang besar selain berkulit gelap sebagai satu masalah yang menyekat peluangnya menceburi...

Sukan

3s KUALA LUMPUR – Hasrat jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang untuk meraih emas berganda pada Kejohanan Piala Negara-Negara UCI di Aaide, Australia...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Penyanyi As’ad Motawh menafikan tuduhan segelintir pihak yang mendakwa dirinya pernah mengeluarkan kenyataan bersekolah itu adalah perkara yang membuang masa....

Sukan

3s LONDON – Bekas pelumba Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP), Andrea Dovizioso memberi amaran kepada juara dunia enam kali, Marc Marquez bahawa perpindahannya menyertai Gresini...

Advertisement