Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom

Mamak News

Dr. Zaliha mohon maaf susulan isu kekecohan di Hospital Serdang


PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) memohon maaf di atas kejadian tular yang menyaksikan seorang pesakit memarahi kakitangan di sebuah hospital kerajaan selepas mendakwa terpaksa menunggu terlalu lama untuk berjumpa doktor.

Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa memaklumkan bahawa telah berlaku sedikit salah faham di antara pesakit tersebut dengan kakitangan hospital yang seterusnya membawa kepada sedikit kekecohan seperti dipaparkan dalam video yang tular itu.

“Saya maklum tentang kejadian yang ditularkan itu dan difahamkan terdapat salah faham yang telah berlaku di mana ketika kejadian Penolong Pegawai Perubatan ketika itu sedang menggunakan telefon untuk menguruskan temu janji pesakit.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Kehadiran kes yang ramai juga telah menyebabkan waktu menunggu yang panjang dan dalam kes ini, ia melibatkan kes ulangan janji temu,” katanya kepada Kosmo! Online ketika dihubungi hari ini.

Menurut Zaliha, pemeriksaan untuk pesakit jantung yang harus dilakukan dengan lebih teliti juga akan mengambil masa rawatan yang lebih panjang bagi setiap seorang pesakit.

“KKM bagaimanapun memohon maaf di atas kejadian yang berlaku dan pihak hospital akan meneliti perkara ini selain melaksanakan penambahbaikan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Saya juga berharap agar orang ramai juga ada rasa empati terhadap petugas kesihatan yang juga bekerja keras tanpa henti untuk membantu dan memberikan perkhidmatan yang terbaik,” ujar beliau.

Terdahulu, Kosmo! Online semalam melaporkan tentang kekecohan di sebuah hospital kerajaan di Serdang, Selangor akibat pergaduhan mulut yang berlaku di antara pesakit dan kakitangan hospital.

Menerusi video yang dimuat naik pada 2 Februari lalu oleh pemilik akaun TikTok Bisma Ali, kejadian itu dikatakan berpunca daripada masa menunggu giliran yang terlalu lama untuk berjumpa doktor sehingga mengakibatkan pesakit tidak berpuas hati.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Jelas kapsyen video tular berkenaan, kejadian berlaku selepas seorang pesakit di bahagian jantung hospital tersebut menjadi berang apabila terpaksa menunggu dari pukul 8 pagi sehingga 7 malam untuk berjumpa doktor. – KOSMO! ONLINE.


Sumber: Kosmo Online

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement