Hi, what are you looking for?

Mamak News

Dua Bekas PM Kena Saman, Pampasan RM1 Juta Untuk Setiap Rakyat Malaysia?


Ekoran dari pembatalan projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur – Singapura, seorang lelaki bertindak memfailkan saman terhadap dua bekas Perdana Menteri dan menuntut pembayaran ganti rugi RM1 juta kepada setiap rakyat Malaysia!

Mohd. Hatta Sanuri, 47, selaku plaintif telah memfailkan saman tersebut pada Disember lalu atas kapasiti peribadi dengan menamakan Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai defendan pertama dan kedua.

Bekas Menteri Ekonomi di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mustapha Mohamed, bekas Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong dan kerajaan Malaysia pula masing-masing sebagai defendan ketiga hingga kelima.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Beliau memfailkan saman tersebut atas kapasiti peribadi dan bagi pihak seluruh rakyat negara ini yang terjejas dan terkesan akibat tindakan salah, kecuaian dan misfeasans (salah laku ketika berada di pejabat awam) sehingga membawa pembatalan salah projek HSR dan pembayaran pampasan tidak perlu kepada Singapura.

Wartawan Nuzulsham Shamsuddin dari KOSMO! ONLINE juga melaporkan, plaintif telah mendakwa Dr. Mahathir melakukan kecuaian dan menyalah guna jawatannya ketika itu dengan menangguhkan projek HSR menyebabkan kerajaan dan seluruh rakyat Malaysia perlu membayar pampasan kepada Kerajaan Singapura hampir RM46 juta.

Ketika Muhyiddin atau nama sebenarnya Mahiaddin menjadi Perdana Menteri pula, beliau didakwa cuai apabila menamatkan projek berkenaan sehingga kerajaan dan semua rakyat Malaysia termasuk plaintif selaku pembayar cukai perlu mengeluarkan wang RM320,270,519.24 sebagai pampasan pembatalan Perjanjian Dua Hala di antara Malaysia dan Singapura yang dipersetujui.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Manakala Wee Ka Siong pula didakwa cuai sehingga menyebabkan hak rakyat Malaysia untuk menikmati sistem pengangkutan kelas pertama di peringkat antarabangsa yang pantas, selamat dan murah telah dinafikan.

Kerajaan Malaysia dan Singapura sebelum ini telah bersetuju secara rasmi pada 19 Februari 2013 untuk melaksanakan projek HSR sejauh 350 kilometer yang dijangka siap pada 2026 dengan anggaran kos RM60 billion.

Namun, projek untuk rakyat menikmati perjalanan di antara Malaysia dan Singapura dalam tempoh 90 minit itu dibatalkan pada 1 Januari 2021 selepas kedua-dua negara gagal mencapai persetujuan mengenai perubahan yang dicadangkan oleh Malaysia sebelum perjanjian projek itu luput pada 31 Disember 2020.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Malaysia kemudiannya dikehendaki membayar sebanyak SGD$102.8 juta (RM320.27 juta) kepada Singapura sebagai kos yang perlu ditanggung bagi pembangunan projek dan pelanjutan penggantungannya.

Plaintif menuntut deklarasi bahawa pembatalan projek yang diumumkan oleh Muhyiddin adalah batal dan tidak sah dan deklarasi supaya kesemua defendan membayar ganti rugi dan pampasan sebanyak RM1 juta kepada setiap rakyat Malaysia termasuk plaintif kerana telah secara salah dan cuai membatalkan projek HSR.

Pengurusan kes ditetapkan pada 2 Februari 2023 di hadapan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi Nur Shasha Hidayah Nor Azahar.

Advertisement. Scroll to continue reading.

HSR

BACA: Tren Berkelajuan Tinggi Indonesia Hubungkan Jakarta-Bandung Hanya Dalam 40 Minit!

Sumber: KOSMO! ONLINE

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 SEREMBAN – Kementerian Pendidikan (KPM) kini sedang meneliti pendekatan Pelaksanaan Sekolah Mo Khas Komprehensif 9 Tahun (K9) atau Pelaksanaan Peroperasian Sekolah Mo Khas...

Mamak News

0 THE HAGUE: Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) mengarahkan Amerika Syarikat (AS) membayar pampasan kepada syarikat Iran selepas memutuskan bahawa Washington secara haram membenarkan mahkamah...

Mamak News

0 Lebih 300 Juta Pekerjaan Dijangka Lenyap, Bakal Diambil Alih AI Kira-kira 300 juta pekerjaan diramal akan lenyap di masa hadapan dan diambil alih...

Lifestyle

0 Projek-projek ini akan melibatkan kos sebanyak RM3.04 bilion. Inisiatif Untuk Baik Pulih Infrastruktur, Sarawak Terima Lebih RM170 Juta Untuk Bekalan Elektrik Luar Bandar....

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications