Hi, what are you looking for?

Mamak News

Dua beradik siswazah cemerlang YNS diraikan kerajaan Negeri Sembilan


SEREMBAN – Dua beradik merupakan antara 98 orang pelajar cemerlang yang diraikan pada Majlis Anugerah Siswazah cemerlang Kelas Pertama Yayasan Negeri Sembilan (YNS) Sesi 1 tahun 2020 yang diadakan di sini hari ini.

Kedua-dua mereka ialah Aqilah Fatinah Rosli, 26, graduan Ijazah Sarjana Muda Perakaunan dari Universiti Tenaga Nasional (Uniten), Muadzam Shah, Pahang dan adiknya, Athirah Najihah Rosli, 25, graduan Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer dari Uniten, Bangi, Selangor.

Masing-masing menerima cek berjumlah RM5,000 yang disampaikan sendiri oleh Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ketika ditemui pemberita, Aqilah Fatinah berkata, dia sememangnya berusaha gigih untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang pada setiap semester bagi mengikut jejak dua orang kakaknya yang sebelum ini turut menerima ijazah kelas pertama.

“Setiap semester saya berusaha bagi memperoleh keputusan cemerlang malah Alhamdulillah dapat mengimbangkan di antara akademik dan kokurikulum. Alhamdulillah saya dan adik sama-sama dapat keputusan yang cemerlang,” katanya yang sedang melanjutkan pelajaran di peringkat Persatuan Akauntan Bertauliah Berkanun (ACCA) di sebuah kolej swasta di Kuala Lumpur.

Athirah Najihah pula berkata, selepas menamatkan pengajian, dia kini sedang bertugas di bahagian Teknologi Maklumat di sebuah syarikat swasta di Port Dickson.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Saya berharap lebih ramai pelajar mendapat inspirasi dan motivasi daripada graduan yang mendapat keputusan cemerlang. Alhamdulillah usaha kami berhasil dan sekarang saya bekerja di sebuah syarikat swasta sebaik sahaja tamat pengajian,” katanya lagi.

Dalam pada itu, bapa mereka. Rosli Ahmad, 59, yang merupakan seorang pesara berkata, dia bersyukur kerana kedua-dua orang anaknya itu berjaya mendapatkan keputusan cemerlang bersama-sama.

“Saya banyak mengingatkan mereka supaya belajar bersungguh-sungguh cuba sedaya upaya mungkin untuk mendapat kejayaan dan mendapat kerja yang baik,” katanya lagi. – K! ONLINE

Advertisement. Scroll to continue reading.



Sumber: Kosmo Online

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Pendatang Dari Australia, Penyelidik Jelaskan Fakta Menarik P Akasia Selalu nampak p ini di tepi jalan tetapi tidak tahu nama, p yang tumbuh...

Mamak News

0 Petinju Muay Thai Malaysia Tumbangkan Lawan Dalam Tempoh 36 Saat BANGKOK, 10 Dis (Bernama) — Petinju muay thai negara Johan Ghazali mendominasi lawannya dalam...

Lifestyle

0 Lagi menu sarapan ‘lejen’ di Kuching Legend Di Kuching, Mi Jawa Rabak Ini Jadi Menu ‘Breakfast’ Kegemaran Penduduk Tempatan. Hari ini, kami akan...

Mamak News

0 Anjing Sakit Gusi, Punca Kejadian Tayar Pancit Di Itali Sejak bulan Julai yang lalu, penduduk di pekan Vastogirardi, Itali mengalami masalah tayar pancit...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications