Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom

Mamak News

Dua beranak tumpang teduh di stor berjaya dibantu


PETALING JAYA – Ibu tunggal bersama seorang anak terpaksa menumpang teduh di sebuah stor selepas diusir dari rumah susulan tidak mampu menampung kos sewa sejak beberapa bulan lalu.

Itu ujian hidup dilalui seorang wanita bernama Emelda bersama anaknya yang telah dibantu persatuan penduduk, seterusnya pihak Baitulmal Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) turut turun padang memberikan pertolongan.

“Puan Emelda diumpamakan bagai jatuh ditimpa pula tangga apabila beliau bukan sahaja kehilangan punca pendapatan, malah diusir keluar daripada rumah disebabkan tidak mampu menanggung kos sewa sejak beberapa bulan yang lalu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Dia tiada pilihan melainkan keluar berkelana bersama bungkusan pakaian mencari tempat berteduh. Ibu tunggal dengan seorang anak ini dikatakan tidak mempunyai waris atau ahli keluarga yang terdekat untuk diminta bantuan.

“Mujur atas keprihatinan persatuan penduduk di kawasan dia tinggal, telah mengambil tanggungjawab dengan menempatkan dua beranak ini di sebuah stor sebagai tempat berteduh sementara mereka,” katanya pada hantaran Facebook Baitulmal MAIWP hari ini.

Mengulas lanjut, Skuad Jejak Asnaf MAIWP berjaya menemukan satu bilik sewa yang selesa kepada dua beranak itu dengan deposit dan sewa bulanan kediaman tersebut akan dibantu MAIWP.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Seusai dua beranak ini memasuki bilik sewa mereka, Puan Emelda tidak berhenti mengucapkan terima kasih kepada persatuan penduduk dan juga MAIWP atas keprihatinan membantunya,” katanya. – KOSMO! ONLINE


Sumber: Kosmo Online

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement