Hi, what are you looking for?

#image_title

Mamak News

Dua Kali Gagal Masuk Universiti, Muhammad Azri Akhirnya Capai Anugerah Pelajaran Diraja


dua kali gagal universiti

Dua Kali Gagal Masuk Universiti, Muhammad Azri Akhirnya Capai Anugerah Pelajaran Diraja

SINTOK, 19 Nov (Bernama) — Permohonan ke universiti ditolak dua kali tidak memadamkan semangat Muhammad Azri Mizra, 25, ke menara gading, malah menjadi pembakar semangat untuk dirinya bagi melakar kejayaan sehingga meraih Anugerah Pelajaran Diraja.

Graduan Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan (Logistik dan Pengangkutan) itu berkata kegagalan mendapat tempat di universiti selepas peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada 2015 merupakan pengalaman paling memeritkan baginya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Keputusan beberapa subjek dalam SPM tidak bagus, jadi permohonan melalui Unit Pusat Universiti (UPU) ditolak sebanyak dua kali dan saya rasa sangat ‘down’.

“Tapi saya tak mahu patah semangat dan nekad berusaha dengan konsisten apabila dapat sambung belajar di Kolej Profesional MARA di Johor, sebelum akhirnya diterima masuk ke UUM selepas habis diploma,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Konvokesyen ke-36 Universiti Utara Malaysia (UUM) di sini, hari ini.

Muhammad Azri, yang berasal dari Kuala Lumpur kini, bekerja sebagai pegawai perolehan di sebuah syarikat swasta dan beliau mendedikasikan kejayaannya itu buat ibunya yang merupakan ibu tunggal.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Ibu membesarkan kami adik beradik dengan berniaga kecil kecilan… Syukur Alhamdulillah hari ini saya puas dengan kejayaan ini. Apa yang penting kita perlu minat, konsisten serta rajin, tidak ada jalan mudah untuk berjaya,” katanya.

Turut menerima anugerah sama ialah J.Kaavilash Nair, 24, yang merupakan graduan Sarjana Muda Komunikasi manakala Pingat Emas Canselor dianugerahkan kepada Nurfarazida Salleh, 23, yang merupakan graduan Sarjana Muda Kewangan dan Perbankan Islam.

Penerima Anugerah Pelajaran Diraja menerima wang tunai sebanyak RM7,500 berserta sijil manakala penerima Pingat Emas Canselor menerima wang tunai sebanyak RM4,000 berserta sijil.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kaavilash berkata beliau juga menghadapi nasib yang sama apabila memperolehi keputusan kurang cemerlang dalam SPM sebelum ini dan berasa sedih kerana tidak diterima memasuki universiti pada awalnya.

“Saya berasa cukup sedih dan mengecewakan kedua orang tua, tapi hari ini saya hadiahkan kejayaan ini kepada mereka yang sentiasa memberi sokongan dan dorongan sepanjang pengajian ini,” katanya.

Nurfarazida yang merupakan anak petani pula, berkata berkat usaha dan doa kedua ibu bapanya membolehkan beliau menggengam kejayaan tersebut hari ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Cara saya ialah sentiasa fokus dalam kuliah selain berinteraksi dengan pensyarah sekiranya terdapat kemusykilan. Malah, saya juga hampir setiap hari akan solat hajat dan baca al-Quran. Saya perlu rajin berusaha untuk ubah nasib keluarga,” katanya yang berasal dari Kemaman,Terengganu.

Sumber: BERNAMA

BACA JUGA: Bos Mesej Waktu Cuti, Ini 8 Tanda Persekitaran Kerja Dah Jadi Toksik

Advertisement. Scroll to continue reading.

The post Dua Kali Gagal Masuk Universiti, Muhammad Azri Akhirnya Capai Anugerah Pelajaran Diraja appeared first on Siakap Keli.

Artikel asal oleh: Siakap Keli

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Lifestyle

0 Kali terakhir dilihat di Sungai Maong, Kuching Pemilik Dakwa Boleh Bergerak Laju, Kura-Kura Gergasi Melarikan Diri Di Kuching. Individu ini muat naik iklan...

Mamak News

0 Polis Nafi Zayn Rayyan Mangsa Dera PETALING JAYA, 8 Dis (Bernama) — Tiada bekas luka lama akibat penderaan dikesan pada badan kanak-kanak autisme...

Sukan

0 PETALING JAYA – Skuad hi remaja lelaki negara terpaksa akur dengan kehebatan Australia apabila tewas 2-5 di Stadium Hi Nasional, Bukit Jalil sebentar...

Hiburan

0 PETALING JAYA – Pelakon veteran era 1980-an, Datin Maria Arshad masih berada dalam keadaan separuh sedar selepas dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU)...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications