Hi, what are you looking for?

#image_title

Mamak News

Dua Maut Dalam Kemalangan Kereta Dipandu Remaja 16 Tahun


Dua Maut Dalam Kemalangan Kereta Dipandu Remaja 16 Tahun

Dua Maut Dalam Kemalangan Kereta Dipandu Remaja 16 Tahun

BUKIT MERTAJAM, 11 Nov (Bernama) — Dua maut selepas motosikal yang ditunggangi mereka dirempuh kereta Toyota Lexus dipandu remaja berusia 16 tahun yang hilang kawalan setelah melanggar sebuah lori di Kilometer 1.9 Jambatan Pulau Pinang arah Perai, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah ACP Tan Cheng San berkata kejadian kira-kira 2.30 pagi itu mengakibatkan penunggang lelaki dan pembonceng rakan wanitanya, kedua-duanya berusia 20-an, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Mereka dipercayai baru pulang makan di kedai kawasan Seagate di Bayan Lepas dan mahu balik ke rumah masing-masing di sini, manakala pemandu remaja itu mengalami kecederaan ringan sementara pemandu lori iaitu seorang lelaki tidak mengalami sebarang kecederaan dalam kemalangan tersebut,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata berdasarkan siasatan awal kemalangan itu berlaku apabila kereta dipandu remaja itu melanggar bahagian lori tersebut lalu hilang kawalan dan menghentam motosikal dinaiki mangsa.

Beliau berkata akibat perlanggaran itu kedua-dua mangsa tercampak dan meninggal dunia di tempat kejadian dan mayat mangsa dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk dibedah siasat.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menurut Tan pemandu remaja itu yang masih bersekolah memandu kereta ibunya dan dalam perjalanan pulang ke rumah di Bukit Mertajam selepas berjumpa rakan di pulau.

Remaja itu katanya kini ditahan reman sehari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Beliau meminta orang ramai yang menyaksikan atau mempunyai maklumat berhubung kemalangan itu agar menghubungi pegawai penyiasat Insp Muhammad Sufi Abd Razak di talian 013-4774542 atau 04-5382222 atau mana-mana balai polis berdekatan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

BACA: Cukup Mudah, Cara Nak Hilangkan Kulat & Bau Busuk Dalam Peti Sejuk, Guna 2 Bahan Je

Sumber: Bernama

The post Dua Maut Dalam Kemalangan Kereta Dipandu Remaja 16 Tahun appeared first on Siakap Keli.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel asal oleh: Siakap Keli

Teruskan Membaca

Lifestyle

0 Ini antara gerai yang menjual laksa Sarawak di Singapura Ini Gerai Laksa Sarawak Yang Anda Boleh Cuba Di Singapura. Kehidupan anak perantau kadang...

Mamak News

0 Kes Zayn Rayyan: Polis Ambil 228 DNA Penduduk Apartment Idaman PETALING JAYA, 10 Dis (Bernama) — Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengambil sejumlah...

Mamak News

0 Lelaki Bunuh Ibu Bapa Direman Seminggu KUALA LUMPUR, 10 Dis (Bernama) — Lelaki yang dipercayai membunuh ibu dan bapanya dalam pergaduhan di rumah...

Mamak News

0 Angka Kematian Di Palestin Meningkat Kepada 17,674 Orang – Kementerian Kesihatan RAMALLAH (Palestin), 10 Dis (Bernama-WAFA) — Angka kematian penduduk Palestin susulan serangan...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications