Hi, what are you looking for?

Mamak News

Dua murid hampir jadi mangsa culik di luar pagar sekolah


Sertai Telegram @KampungMamak untuk kemaskini terpantas.

GUA MUSANG – Dua murid sekolah rendah dipercayai hampir menjadi mangsa culik kepada dua lelaki dalam kejadian di hadapan sebuah sekolah di sini, dalam tempoh dua hari berturut-turut minggu ini.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, kejadian pertama berlaku kira-kira pukul 5 petang pada Isnin lalu melibatkan murid perempuan tahun empat selepas Kelas Asas Fardu Ain (KAFA).

Menurutnya, kejadian kedua pula berlaku di lokasi dan waktu sama membabitkan murid lelaki tahun satu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Kedua-dua murid terbabit dipanggil oleh dua lelaki yang tidak dikenali untuk menaiki kenderaan mereka. Dalam kejadian pertama Isnin lalu, dua lelaki terbabit didakwa menaiki kereta jenis Perodua Kancil berwarna putih yang berada di seberang jalan telah memanggil murid perempuan itu.

“Bagi kejadian kedua pula, dua lelaki itu menaiki kereta jenis Perodua Myvi berwarna kelabu didakwa bertindak memanggil seorang murid lelaki. Bagaimanapun, kedua-dua murid itu tidak menghiraukan panggilan berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Choon Foo, polis telah menerima laporan berhubung kejadian berkenaan yang tular dalam aplikasi WhatsApp itu hari ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Katanya, pihak polis memandang serius kejadian berkenaan dan akan membuat rondaan serta pemantauan di sekolah berkenaan ketika waktu tengah hari semasa sesi persekolahan tamat dan petang iaitu selepas KAFA.

“Siasatan lanjut masih dijalankan dan pihak polis berharap ibu bapa dapat mengambil anak masing-masing tepat pada masanya selain menasihatkan anak mereka tidak bermain di luar pagar sekolah.

“Kami juga berharap tiada sebarang spekulasi berkaitan kes tersebut dan boleh berhubung terus dengan pihak polis di talian 011-5551 8768,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Advertisement. Scroll to continue reading.


Sumber: Kosmo Online

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. HULU TERENGGANU – Pemain pelancongan terutama pengusaha rumah bot di Tasik Kenyir, di sini rugi besar akibat tempias...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. LOS ANGELES: Pelakon, Brad Pitt didakwa pernah bertindak ganas memukul muka dan mencekik dua anaknya ketika pergaduhan dengan...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. Satu artikel yang dikeluarkan oleh sebuah akhbar tempatan yang bertajuk “Malaysia ke-12 Terbawah Miliki Jalan Raya Terburuk” didakwa...

Sukan

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. PETALING JAYA – Kelab Kuala Lumpur City (KL City) mencipta sejarah mara ke final Piala AFC buat kali...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications