Hi, what are you looking for?

Mamak News

Dua Paip Gas Bawah Laut Rusia Bocor, Disyaki Ada Unsur Sabotaj


Dua Paip Gas Bawah Laut Rusia Bocor, Disyaki Ada Unsur Sabotaj

Dua saluran paip gas Nord Stream yang menghubungkan Rusia dan Eropah dilaporkan bocor dan disyaki ada kaitan dengan unsur sabotaj, lapor AFP.

Saluran paip itu telah menjadi isu ketegangan geopolitik sejak beberapa bulan kebelakangan ini selepas Rusia bertindak menyekat bekalan gas ke Eropah sebagai tindak balas yang dilakukan oleh barat berikutan pencorobohan ke atas Ukraine.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Difahamkan, salah satu kebocoran berlaku pada Nord Stream 1 di zon ekonomi Denmark dan satu lagi di zon ekonomi Sweden manakala kebocoran pada Nord Stream 2 berlaku di Zon Denmark.

Kebocoran  gas kali pertama dilaporkan berlaku di Nord Stream 2 pada Isnin lalu.

Tiga Paip Gas Bawah Laut Rusia Bocor Dipercayai "Sabotaj"Gambar: Danish Maritime Authority Via BBC

Menteri Iklim, Tenaga dan Utiliti Denmark, Dan Jorgensen berkata bahawa pihak berkuasa kini telah dimaklumkan bahawa terdapat dua lagi kebocoran pada Nord Stream 1 yang juga tidak beroperasi tetapi mengandungi gas.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Masih terlalu awal untuk menyatakan apa-apa berkaitan punca kejadian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah Jorgensenm, pihaknya meminta agar tahap berjaga-jaga ditingkatkan dalam sektor elektrik dan gas di negara itu.

Sementara itu, Rusia turut menyuarakan kebimbangan dengan keadaan tersebut. Jurucakap Kremlin, Dmitry Peskov berkata sewaku disoal oleh pemberita mengenai insiden itu, dia berkata adalah mustahil untuk mengecualikan sebarang pilihan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Kebocoran saluran paip gas sangat jarang berlaku dan kami melihat sebab untuk meningkatkan tahap kesediaan ekoran insiden yang berlaku sejak 24 jam lalu.

“Kami mahu memastikan pemantauan menyeluruh terhadap infrastruktur kritikal Denmark bagi mengukuhkan keselamatan bekalan pada masa hadapan,” kata pengarah Agensi Tenaga Denmark Kristoffer Bottzauw dalam satu kenyataan.

Hanya kawasan kepulan gas itu akan terjejas akibat kebocoran namun gas metana yang meruap ke atmosfera memberikan kesan kepada iklim, maklum agensi itu menerusi berita Ritzau.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Walaupun saluran paip yang berada di bawah milik syarikat gergasi gas Rusia, Gazprom tidak beroperasi buat masa kini, namun ia masih mengandungi gas.

Sehingga kini gas tersebut hanya memberikan kesan yang terhad kepada alam sekitar.

Sumber: AFP

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel asal oleh: Siakap Keli

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 KUALA LUMPUR – Keadaan hujan renyai mengiringi paluan berundur Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Seri Mat Kasim Karim...

Mamak News

0 Murid 11 Tahun Maut Ditimpa Palang Gol Ketika Aktiviti Kurikulum BINTULU, 29 Sept (Bernama) — Seorang murid berusia 11 tahun meninggal dunia selepas...

Sukan

0 KOTA BHARU – Aksi perlawanan Liga Super Kelantan FC menentang Sabah FC di Stadium Sultan Muhammad IV di sini hari ini, terpaksa ditunda...

Hiburan

0 “TERIMA kasih kerana selama ini telah membantu, menghibur, menjadi orang kepercayaan dan sumber kekuatan saya.” Demikian perkongsian kakak kepada selebriti terkenal Noor Neelofa,...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications