Hi, what are you looking for?

Mamak News

Dua pelanggan lelaki peluk pelayan air buah boleh didakwa


KUALA TERENGGANU – Dua pelanggan lelaki yang memeluk seorang pelayan wanita di restoran air buah di Kampung Saujana, Setiu pada awal bulan lalu sebenarnya boleh dikenakan tindakan perundangan.

Seorang peguam, Mohd. Hayyatuddin Muhamad berkata, kedua-dua lelaki bukan sahaja melakukan kesalahan syariah berkelakuan sumbang malah boleh dituduh mencabul yang merupakan kesalahan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan.

Beliau daripada firma guaman, Tetuan Mohd. Hayyatuddin & Co berkata, memegang mana-mana bahagian tubuh badan perem­puan tanpa kerelaan merupakan satu pencabulan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Memeluk perempuan tanpa kerelaan seperti meletak tangan atas bahu, peluk pinggang tanpa kerelaan adalah satu kesalahan jenayah seksual di bawah Kanun Keseksaan.

“Walaupun tidak melibatkan ‘vital organ’ (alat sulit), keseluruhan anggota badan perem­puan adalah tidak boleh disentuh dengan sengaja tanpa apa apa sebab,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Mohd. Hayyatuddin berkata. masih ramai kurang kefahaman undang-undang dengan beranggapan perbuatan cabul hanya merujuk kepada memegang bahagian sensitif wanita sedangkan persepsi itu kurang tepat.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kosmo! 6 Julai lalu melaporkan tular video yang memaparkan seorang pelayan wanita dipeluk pada bahagian pinggang dan bahu oleh dua pelanggan lelaki di sebuah restoran di Kampung Saujana, Setiu, dekat sini.

Sepasukan anggota Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Terengganu (JHEAT) kemudiannya melakukan serbuan di restoran berkenaan bagi melakukan siasatan lanjut berhubung penularan video terbabit.

Insiden tersebut menyebabkan pelayan wanita berkenaan yang hanya dikenali sebagai Darlene, 31, mengambil pengajaran dan lebih berwaspada dalam perilakunya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dia kini kurang terlibat dalam urusan melayan pelanggan restoran tetapi lebih kerap berada di dapur dan kaunter bayaran bagi mengelak insiden sama berulang. -KOSMO! ONLINE


Sumber: Kosmo Online

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement