Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom
#image_title

Mamak News

Dua Petani Maut Disambar Petir Ketika Berteduh Di Pondok


Dua Petani Maut Disambar Petir Ketika Berteduh Di Pondok

Dua orang petani maut disambar petir ketika sedang berteduh di pondok berhampiran sebidang sawah dalam kejadian di wilayah Sumedang, Jawa Barat, Indonesia baru-baru ini.

Lapor Tribun News, mangsa terkorban ialah Adrian, 19, dan Jajang, 25, manakala pemilik sawah, Momo dilaporkan dalam keadaan selamat.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Difahamkan segalanya bermula ketika hujan lebat diikuti guruh dan kilat melanda kawasan berkenaan hingga menyebabkan kedua-dua mangsa terpaksa menghentikan kerja-kerja membajak sawah.

Mereka memutuskan untuk berteduh di bawah sebuah pondok. Malangnya, pondok yang menjadi tempat teduhan mereka itu disambar petir dan meragut nyawa masing-masing.

Ketua kampung Didi Supardi menyatakan bahawa, kedua-dua petani tersebut disambar petir ketika berteduh di bawah sebuah pondok setelah selesai membajak sawah.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Selain itu, dia turut menyatakan bahawa petir dan guruh kedengaran sebanyak tiga kali dan petir yang ketiga telah menyambar pondok tersebut.

“Sebelum kejadian, kedengaran tiga kali bunyi guruh berserta petir. Petir yang pertama menyebabkan pemilik sawah meninggalkan pondok itu.

“Kedua-dua petani itu pula berteduh di bawah pondok selepas petir kedua. Petir ketiga telah menyambar mereka yang sedang berteduh itu,” kata Didi Supardi.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ketua kampung itu juga memberitahu bahawa ia merupakan peristiwa tragik yang pertama berlaku di kampung mereka.

“Baru pertama kali kejadian ini berlaku. Kedua-dua mangsa meninggal di tempat kejadian, seorang lagi selamat. Kedua-dua jenazah telah dibawa kepada keluarga masing-masing,” katanya lagi.

Peringatan BPBD

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kejadian itu telah menyebabkan Badan Penanganan Bencana Daerah (BPBD) wilayah Sumedang untuk mengeluarkan peringatan agar penduduk di kawasan itu berwaspada dengan keadaan cuaca ekstrem. Keadaan cuaca itu boleh dikenal pasti melalui angin kencang, hujan dan petir.

Menurut Ketua Seksyen Persediaan dan Pencegahan Bencana BPBD Wilayah Sumedang, iaitu Adang, petir berkemungkinan untuk berlaku disebabkan perubahan keadaan cuaca ketika ini.

“Kepada orang ramai atau petani, anda dinasihatkan untuk berhati-hati dengan hujan yang diikuti dengan petir. Sekiranya hujan lebat, adalah baiknya anda menghentikan pekerjaan anda terlebih dahulu,” kata Andang.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menurutnya juga, dia mengingatkan rakyat di wilayah itu supaya menjauhkan diri daripada barangan yang boleh mengalirkan elektrik apabila berlakunya hujan lebat.

“Hentikan bermain dengan telefon pintar anda, jangan sentuh bahagian barangan yang mempunyai logam seperti alatan pertanian yang boleh mengalirkan elektrik. Jauhkan diri anda daripada semua itu ketika hujan lebat,” katanya lagi.

Selain itu, mereka juga diingatkan untuk menjauhkan diri daripada pokok ketika hujan lebat dengan tidak berteduh di bawahnya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Mereka juga diminta untuk menjaga jarak antara satu sama lain, iaitu sejauh dua hingga tiga meter ketika berteduh. Tujuannya untuk mengelak daripada disambar petir.

Sumber: Tribun Lampung

BACA JUGA: Hukum Bergurau Senda Bersama Keluarga Dan Orang Ramai

Advertisement. Scroll to continue reading.

The post Dua Petani Maut Disambar Petir Ketika Berteduh Di Pondok appeared first on Siakap Keli.

Artikel asal oleh: Siakap Keli

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement