Dua Rakan Dipenjara Kerana Berbogel Di Surau Plaza Tol
Mahkamah Majistret Batu Pahat hari ini menjatuhkan hukuman penjara kepada dua rakan masing-masing lelaki dan wanita selepas mengaku bersalah atas pertuduhan berbogel di surau plaza tol dekat Yong Peng, Rabu lalu, lapor Sinar Harian.
Pengakuan tertuduh berusia 25 dan 26 tahun itu dibuat selepas pertuduhan dibaca di hadapan Majistret Suhaila Shafi’uddin dalam bahasa Mandarin oleh jurubahasa.
8 November lalu pada 8.15 pagi, tertuduh 25 tahun yang bekerja sebagai penjaga kebun durian dan seorang lagi tertuduh 26 tahun, pekerja kedai makanan haiwan didakwa berbogel sesama sendiri di surau lelaki, menurut pertuduhan.
Kesalahan mereka dijatuhkan mengikut Seksyen 377D Kanun Keseksaan dan boleh dihukum pada Seksyen 34 kanun sama, penjara sehingga dua tahun, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya Farah Wahidah Mohd Sharip melakukan pendakwaan tersebut dan kedua-dua tertuduh diwakili Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).
Tertuduh, 25, diwakili Tan Song Yan manakala, Kamarul Arifin Nordin pula mewakili rakan tertuduh, 26.
Meskipun kedua-dua tertuduh mengaku bersalah namun pihak pendakwaan meminta supaya mereka dikenakan hukuman setimpal dalam hujahnya sebelum itu.
“Walaupun, kedua-dua tertuduh mengaku bersalah dan menjimatkan kos mahkamah, ia tidak bermakna pengakuan itu secara automatik boleh meringankan hukuman terhadap mereka.
“Mahkamah perlu mengambil kira kepentingan awam atas perbuatan dilakukan tertuduh iaitu kelucahan melampau dan hukuman perlu dilakukan sebagai pengajaran kepada individu lain,” katanya.
Mahkamah kemudiannya menjatuhkan hukuman penjara enam bulan terhadap tertuduh, 25 dan lima bulan untuk tertuduh, 26 selepas mengambil kira pengakuan kedua-dua tertuduh dan hujahan pihak pembelaan dan pendakwaan.
Kedua-dua tertuduh diputuskan untuk menjalani hukuman itu bermula pada 8 November, di mana ia adalah tarikh mereka ditangkap.
Sumber: Sinar Harian
BACA: Penjara 5 Tahun Jika Didapati Miliki “Vape” Di Thailand – Peguam
The post Dua Rakan Dipenjara Kerana Berbogel Di Surau Plaza Tol appeared first on Siakap Keli.
Artikel asal oleh: Siakap Keli
RM13.01
