Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom

Tempatan

Dua tekong darat ditahan angkut 18 PATI guna MPV


RANTAU PANJANG – Batalion 9 Pasukan Gerakan Am (PGA) menahan dua lelaki yang dipercayai berperanan sebagai tekong darat dalam kegiatan mengangkut 18 pendatang asing tanpa izin (PATI) menggunakan dua buah kenderaan pelbagai guna (MPV) di hadapan sebuah sekolah agama di sini semalam.

Tangkapan itu dijalankan pada pukul 11 pagi selepas PGA menerima maklumat mengenai kegiatan penyeludupan migran di kawasan tersebut.

Pegawai Pemerintah Medan PGA, Superintendan Azhari Nusi berkata, selepas menahan dua buah MPV jenis Hyundai Starex itu, anggota bertugas telah membuat pemeriksaan terhadap kenderaan tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menurutnya, pemeriksaan ke atas kenderaan pertama yang dipandu oleh suspek berusia 34 tahun telah menemui seramai lapan orang PATI warga Myanmar.

“Pemeriksaan ke atas MPV kedua yang dipandu oleh lelaki berusia 27 tahun pula telah membawa kepada penemuan seramai 10 PATI juga warga Myanmar.

“Hasil pemeriksaan lanjut mendapati, kesemua PATI tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Azhari memberitahu, kesemua PATI itu dipercayai telah diseludup masuk ke negara ini dari negara jiran melalui pangkalan haram di kawasan sempadan negara.

Katanya, siasatan awal mendapati kedua-dua lelaki tempatan yang ditahan itu dipercayai bertindak sebagai tekong darat yang mengangkut kesemua PATI.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (Atipsom) 2007 dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959. – K! ONLINE

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Kosmo Online

Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement