Hi, what are you looking for?

Hiburan

Duan Nago Bogho macam ‘John Wick’ Kelantan


PERTARUHAN dua elemen iaitu kesenian tradisi dan perbalahan (mungkin juga satu seni) dalam filem arahan Sabri Yunus, Duan Nago Bogho boleh disifatkan satu percubaan berani.

Apa yang penulis gemarkan adalah suntikan nilai budaya dan asimiliasi dalam filem tersebut yang jarang dilakukan mana-mana pembikin filem zaman sekarang. Perihal tersebut boleh jadi satu kelebihan dan pada masa sama, kelemahan buat sesebuah filem.

Terpulang kepada penerimaan audiens, Duan Nago Bogho barangkali kurang menyerlah dari sudut komersial, namun karya seperti inilah yang perlu diperbanyak jika ingin terus melihat industri sinema tanah air terus maju.

Advertisement. Scroll to continue reading.
ASRUL bersama Saidi Sabri dalam satu babak Duan Nago Bogho.

Asrulfaizal pilihan tepat

Buat penulis secara peribadi, apa yang paling menonjol adalah permainan karakter pelakon utama Asrulfaizal Kamaruzaman. Dia adalah seorang pemain filem yang tidak didendang kualitinya.

Kalau dahulu dalam Budak Kelantan, kali ini Asrul menyerlah dalam Duan Nago Bagho. Bahasa tubuh, lontaran dialog dan emosi karakter, dia sememangnya pilihan yang tepat untuk menjadi Duan.

Bukan hanya berjaya mengangkat seni tradisional mak yong, dia juga pelakon yang pandai berlawan. Sekali tengok, rasa macam John Wick versi Kelantan. Padu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sementara itu, rasa terpanggil juga untuk memuji usaha pihak produksi melibatkan pelakon bukan Melayu seperti Sangeeta Krishnasamy, Jojo Goh, Angeline Tan dan Jason Chong.

Pembabitan pelakon Sangeeta sebagai penari mak yong adalah simbolik kebersamaan seni yang tanpa batas budaya dan bangsa.

Berbilang kaum

Inilah indahnya filem Malaysia yang melibatkan nama-nama bukan Melayu dan tidak ‘segan’ mempromosi budaya orang Kelantan itu daripada semakin ditelan zaman.

Saat Sangeeta menari dan menyanyi lagu mak yong, entah mengapa, rasa ‘meremang’ disulam bangga terdetik di hati.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Orang Malaysia berbangsa India buat ‘sesuatu’ yang menebarkan rasa muhibbah. Itu satu elemen mahal dalam Duan Nago Bagho!

Bagaimanapun, dari segi jalan cerita atau plot, barangkali ada banyak kelemahan pelaksanaannya. Idea sudah cantik, namun untuk melaksanakannya dengan sebaik-baik kejadian, itu memakan dan memerlukan kerjasama banyak pihak.

Penulis percaya, kalau diberikan bajet ‘selayaknya’, filem ini akan pergi dan boleh dicernakan lebih cemerlang. Kegusaran takut tak pulang modal menjadi hambatan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Apapun, Duan Nago Bagho punya kelebihan tersendiri yang mampu menarik ramai audiens bukan hanya orang Kelantan.

Duan Nago Bogho mengangkat kisah seorang anak seni mak yong iaitu Duan yang juga pemain watak peran yang mempunyai dua personaliti.

Dia yang mencintai seni tradisional juga dalam masa yang sama sangat suka bergaduh.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Filem berkenaan mula menemui penonton di pawagam seluruh Malaysia pada 19 Januari lalu.

WATAK Duan, pemain watak Peran dalam
mak yong cemerlang di tangan Asrulfaizal.


Sumber: Kosmo Online

Teruskan Membaca

Sukan

0 BINTANG Manchester City, Newcastle United dan Manchester United dijangka menjadi pilihan kebanyakan pengurus untuk cuba mengatur perancangan terbaik bagi Fantasi Liga Perdana Inggeris...

Mamak News

0 PUTRAJAYA – Jabatan Insolvensi Malaysia sedang merangka beberapa cadangan pindaan terhadap Akta Insolvensi 1967 (Akta 360) bagi menambah baik sistem pentadbiran kebankrapan termasuk...

Mamak News

0 JAKARTA: Perhimpunan Advat Indonesia (Peradi) bekerjasama dengan Majlis Peguam Malaysia dalam usaha memajukan peranan masing-masing di persada antarabangsa. Perkara itu diumumkan oleh Pengerusi...

Hiburan

0 KAJANG – Penyanyi Sissy Imann mengakui menyesal terlampau mengikut emosi sehingga mengambil keputusan menjual album sulung hanya pada harga RM20, sedangkan kos pembikinan...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications