Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom
#image_title

Sukan

Ducati beri amaran selepas tawan Sepang


SEPANG – Pasukan Ducati membuktikan mereka benar-benar bersedia untuk menghadapi perlumbaan Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) pada musim 2024 ini selepas garang dengan mendominasi sepanjang sesi ujian rasmi selama tiga hari di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) yang berakhir hari ini.

Pada hari pertama, pelumba satelit Ducati, Jorge Martin memperagakan tunggangan yang cukup baik  sejurus mencatat masa terpantas satu minit 57.951 saat (s) sebelum rekod itu dipintas pelumba Itali dari Ducati Lenovo Team, Enea Bastianini dengan masa satu minit 57.134s pada hari kedua semalam.

Bagaimanapun, rekod terpantas tersebut tidak terhenti di situ apabila Ducati yang membangunkan ‘fairing’ dan turut menguji enjin baharu mereka di litar ikonik Malaysia tersebut mempamerkan peningkatan mendadak terutama menerusi juara dunia MotoGP dua kali berturut-turut, Francesco Bagnaia.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pelumba Itali itu yang menggunakan jentera Desmosedici GP24 dan turut diperkemaskan dengan aerodinamik menerusi fairing baharu berjaya mencatat masa terpantas satu minit 56.662s sekali gus turut mengatasi rekod terpantasnya pada tahun lalu iaitu 1’57.491s.

Bagnaia mengakui gembira dengan pakej yang dibawa pasukannya dan berharap meraih satu lagi keputusan terbaik menjelang ujian terakhir di Qatar pada 19 Februari ini nanti.

“Saya gembira dengan keputusan di sini (Sepang) dan ternyata luar biasa tetapi ia hanya sekadar ujian. Saya tidak terlalu memikirkan mengenai prestasi yang baik dalam ujian kerana di sini kami mencari pelarasan yang sempurna untuk digunakan pada musim ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Tetapi saya fikir ramai pelumba lain akan tampil dengan baik seperti Enea (Bastianini) kerana saya fikir dia bekerja dengan baik di sini. Tidak lupa, Jorge Martin pasti meningkatkan prestasinya dan Alex Marquez juga sangat kompetitif,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

| Kampungmamakcom Jorge Martin
PELUMBA Pramac Racing Jorge Martin akui makin serasi dengan jentera Desmosedici GP24 GAMBAR FARIZ RUSADIO

Sementara itu, Martin mengakui bahawa dia gembira dengan apa yang dicapai di Sepang terutama menerusi pakej 2024 serta bakal menggunakan fairing baharu itu pada perlumbaan 2024.

“Saya rasa semalam saya mengalami sedikit sakit kepala kerana anda tahu, saya melihat Peco (Francesco Bagnaia) dan Enea menyukai fairing baharu tersebut tetapi saya tidak. Jadi, ia adalah pelik kerana biasanya kami mempunyai pendapat yang sama.

“Pada hari ini saya terus mencuba dan dapat rasakan bahawa jentera ini lebih kompetitif serta mempunyai potensi. Jadi saya gembira akhirnya kami mempunyai pakej untuk 2024.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Saya akui jentera ini lebih stabil dan kami mempunyai lebih banyak ‘downforce’ dan saya fikir perlu membiasakannya kerana ia bukan mudah melakukannya terutama anda perlu mengubah gaya tunggangan,” katanya.

Pada hari terakhir ujian tersebut tersebut, Martin mencatat masa kedua terpantas dengan catatan masa 1’56.854s dan diikuti rakan sepasukan Bagnaia, Bastianini tempat ketiga terpantas (1’56.915s).

Sementara itu, bekas pelumba pasukan Repsol Honda, Marc Marquez dilihat mula mendapat keserasian ketika menguji jentera Ducati apabila pelumba Gresini Racing tersebut menamatkan ujian di kedudukan ketujuh terpantas dengan rekod 1’57.270s. -KOSMO! Online

Advertisement. Scroll to continue reading.


Sumber: Kosmo Sukan

Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement