Hi, what are you looking for?

Sukan

Ducati rangkul gelaran pengeluar


ARAGON – Pasukan Ducati tidak perlu menunggu sehingga perlumbaan terakhir MotoGP musim ini apabila berjaya melakar gela­ran kategori pengeluar buat kali ketiga berturut-turut.

Skuad berpangkalan di Bolog­na, Itali tersebut sebenarnya sudah dijangka mendominasi saingan tersebut selepas menurunkan lapan jentera Ducati musim ini.

Bagaimanapun, penyumbang terbesar kejayaan Ducati hadir menerusi pelumba terbaiknya iaitu Francesco Bagnaia yang mencatatkan enam kemenangan setakat ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kemudian, diikuti persembahan memukau Enea Bastianini yang mencatat kemenangan di Grand Prix (GP) Aragon kelmarin serta tiga kemenangan sebelum ini.

Hasil keputusan tersebut, Ducati kini mengumpul 346 mata dan ia sudah cukup membawa pasukan Itali itu dinobatkan sebagai juara dengan meninggalakan Aprilia dan Yamaha.

“Kami gembira mendapat gelaran kategori pengeluar buat kali ketiga berturut-turut dan yang keempat dalam sejarah penglibatan Ducati di MotoGP.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Ia adalah keputusan yang kami sudah jangkakan terutama persembahan pelumba kami tahun ini, termasuk enam kemenangan Bagnaia dan empat kemenangan oleh Bastianini.

“Saya ingin mengucapkan te­rima kasih kepada semua pelumba kami dan semua kakita­ngan Ducati Corse atas komitmen mereka bagi membolehkan kami mencapai matlamat ini sekali lagi,” kata Pengurus Besar Ducati, Luigi Dall’Igna.

Pasukan Ducati kini beralih kepada misi untuk membantu Bagnaia melakar gelaran dunia MotoGP selepas hanya dipisahkan 10 mata di belakang Fabio Quartararo (Yamaha).

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Tumpuan Ducati seterusnya ialah membantu Bagnaia untuk meraih gelaran dunia dalam baki lima perlumbaan musim ini.

“Perlumbaan di Jepun amat penting bagi kami dan saya harap Ducati mampu memanfaatkan segala peluang yang ada,” ujar Dall’Igna. – AGENSI


Sumber: Kosmo Sukan

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement