Hi, what are you looking for?

Mamak News

Dulu jaga ibu sakit, sekarang diuji sakit strok


TAMPIN – Seorang penjual sate dari Felda Jelai 3, Gemas, di sini, diuji dengan penyakit strok sehingga menyebabkan dia hilang pendapatan sejak Mac tahun lalu.

Mohd. Rafez Yusoff, 37, berkata, ketika ini, dia dan keluarga bergantung dengan wang Bantuan Orang Tua, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM500 sebulan yang diterima ibunya, Khatijah Hasan, 75.

Mohd. Rafez turut memperoleh hasil getah sebanyak RM200 sebulan selain pemberian ihsan ahli keluarga serta jiran.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Mujur masjid banyak bantu memberikan makanan. Saya cuma berharap agar bekalan beras tidak terputus,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Felda Jelai 3, di sini baru-baru ini.

Menurut lelaki itu, dia dan ibunya memakai lampin pakai buang dengan kos RM350 sebulan dan keperluan itu akan bertambah jika ibunya yang buta kedua-dua mata akibat penyakit kencing manis kronik mengalami sakit perut kerana perlu menukar lampin lebih kerap.

Mohd. Rafez atau lebih mesra dipanggil Aboy berkata, sebelum ini, dia menerima bantuan perubatan daripada Baitulmal dan terbaharu adalah katil, tetapi menolak kerana mahu ditukarkan kepada bantuan wang tunai secara bulanan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Isteri Mohd. Rafez, Norfadhlina Zukupeli, 31, pula tidak ber­kerja kerana menjaga dua beranak tersebut.

“Semasa mula diserang strok, badan saya tidak boleh dige­rakkan. Sekarang keadaannya semakin baik,” katanya.

Sementara itu, Norfadhlina memberitahu, pada mulanya, dia berasa sedih melihat keadaan suaminya, lebih-lebih lagi lelaki itu seorang yang rajin mencari rezeki untuk keluarga.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Saya memang menjaga ibu mentua sebelum ini, tetapi sekarang perlu jaga mereka berdua. Mujur adik-beradik banyak memberikan kata-kata semangat serta bantuan,” katanya.

Menurut Norfadhlina, ada kalanya suaminya memakan bubur untuk berjimat.

Orang ramai yang mahu me­nyumbang boleh menyalurkannya ke akaun Public Bank bernombor 6874081712 atas nama Mohd. Rafez Yusoff. – KOSMO! ONLINE

Advertisement. Scroll to continue reading.


Sumber: Kosmo Online

Teruskan Membaca

Sukan

0 BINTANG Manchester City, Newcastle United dan Manchester United dijangka menjadi pilihan kebanyakan pengurus untuk cuba mengatur perancangan terbaik bagi Fantasi Liga Perdana Inggeris...

Mamak News

0 PUTRAJAYA – Jabatan Insolvensi Malaysia sedang merangka beberapa cadangan pindaan terhadap Akta Insolvensi 1967 (Akta 360) bagi menambah baik sistem pentadbiran kebankrapan termasuk...

Mamak News

0 Sering Kena Maki Dan Paksa Buat “OT”, Lelaki Nekad Tikam Bos Hingga Mati Seorang pengawal keselamatan didakwa menikam bosnya hingga mati kerana memaksanya...

Mamak News

0 JAKARTA: Perhimpunan Advat Indonesia (Peradi) bekerjasama dengan Majlis Peguam Malaysia dalam usaha memajukan peranan masing-masing di persada antarabangsa. Perkara itu diumumkan oleh Pengerusi...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications