Hi, what are you looking for?

Mamak News

Ejen lolos, tujuh PATI warga Indonesia ditahan


Sertai Telegram @KampungMamak untuk kemaskini terpantas.

TAWAU: Tujuh pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia yang menyeludup masuk ke Sabah melalui perairan daerah ini berjaya ditahan di terminal bas, dekat sini semalam.

Dalam kejadian pada pukul 10.15 malam itu, kumpulan PATI itu dipercayai tiba dari Pulau Sebatik di Kampung Kurnia Jaya menaiki sebuah bot dan kemudian dihantar ke terminal bas menggunakan sebuah kenderaan yang dipercayai diuruskan oleh ejen.

Komander Angkatan Tugas Bersama 2 (ATB 2), Brigadier Jeneral Abdul Karim Ahmad berkata, pihaknya menerima maklumat daripada orang awam mengenai kehadiran PATI yang telah menaiki kenderaan pelbagai guna (MPV) di kampung mereka.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kemudian, pasukan Tindak Balas Pantas (QRF) mengesan dan mengekori kenderaan itu sehingga ke terminal bas. Selepas menurunkan kesemua tujuh lelaki di terminal bas tersebut, pemandu kenderaan memecut laju bagi mengelak ditahan.

Hasil pemeriksaan terhadap semua lelaki berusia 22 hingga 80 tahun itu mendapati kesemua mereka tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah.

“Mereka memaklumkan masuk ke Malaysia bagi mendapatkan peluang pekerjaan di Sabah.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Kesemua PATI mengakui masuk ke Sabah menaiki sebuah bot yang diatur oleh ejen di Pulau Sebatik menuju ke Tawau dan seterusnya, wakil ejen di Tawau akan menghantar mereka ke terminal bas,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut beliau, Pusat Operasi Wilayah Bersama (POWB) ATB 2 turut melaporkan kejadian itu kepada Pusat Operasi Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) bagi mendapatkan bantuan pasukan Op Cegah PATI Daratan untuk melancarkan proses tangkapan itu.

Semua PATI dibawa dan diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis (IPD) Daerah pada pukul 2.30 pagi untuk menjalani proses saringan Covid-19 dan tindakan lanjut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Abdul Karim berkata, kerjasama semua agensi penguatkuasaan jelas membuktikan sempadan negara dikawal dan ditangani secara serius untuk mengekang jenayah rentas sempadan serta sebarang ancaman keselamatan demi kedaulatan negara, khasnya di pantai timur Sabah. – UTUSAN ONLINE

Sumber: Utusan Malaysia

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. Oyen Buat Hal Lagi, Kali Ini Menyamar Jadi Kapibara Di Zoo Negara Cuaca sejuk sejak kebelakangan ini ekoran...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. PUTRAJAYA – Perdana Menteri Datuk Seri Is Sabri Yaakob membangkitkan kekecewaan Malaysia dalam isu Palestin dan Myanmar terutamanya...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. Saintis Temui Virus Covid Baharu Dalam Kelawar, Dipercayai ‘Kalis’ Terhadap Vaksin Sedia Ada Saintis mendakwa bahawa telah menemui...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. KUALA LUMPUR – Polis menahan tiga lelaki tempatan selepas disyaki terbabit pergaduhan hingga mengakibatkan seorang lelaki Australia parah...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications