Hi, what are you looking for?

#image_title

Lifestyle

Elak Ke Kota Al Ula, Jika Tiada Alasan Kukuh


Timbul kekecohan mengenai Kota Al Ula dan hangat diulas di media sosial

Elak Ke Kota Al Ula, Jika Tiada Alasan Kukuh. Satu hantaran tular di media sosial baru-baru ini mengenai satu tempat yang dikatakan dilaknat oleh Allah iaitu Kota Al Ula.

Menurut kosmo, kekecohan bermula apabila ada pencipta kandungan atau ‘content creator’ menziarahi lokasi tersebut dan menunjukkan keindahan alam semula jadi di sana.

Bagaimanapun, kebanyakkan kita tidak mengetahui tentang kewujudan kota tersebut dan sejarah yang terkandung sehingga dianggap sebagai kawasan dilaknat Allah.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kekeliruan antara kita, ada yang kata boleh dilawat, manakla ada juga kata tidak boleh

Wujud kekeliruan apabila ada pihak yang mengatakan tidak boleh melawat Al Ula, tetapi ada segelintir pihak pula berpendapat lokasi tersebut masih boleh dikunjungi orang ramai.

Namun, Pensyarah Kanan Akademi Pengajian Bahasa, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam yang juga mutawwif, Dr. Bashasunnahar Puasa mengatakan bahawa, bandar Al Ula mempunyai sejarah dan warisan budaya yang besar.

“Salah satu tarikan utama kota itu adalah laman bersejarah (Madain Saleh) yang telah diktiraf sebagai laman warisan dunia oleh Pertubuhan Pelajaran, Sains, dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).

Advertisement. Scroll to continue reading.

Geologi yang unik dan alam semual jadi memukau

“Al Ula juga terkenal dengan keindahan alam gurun yang menakjubkan serta formasi geologi unik seperti The Elephant Rock dan pelbagai laman alam semula­jadi yang memukau.

“Bandar ini semakin dikenali sebagai destinasi pelanco­ngan yang menarik dan kerajaan Arab Saudi juga mengambil pelbagai inisiatif untuk mempromosikan pelancongan ke wilayah ini dan menjaga warisan sejarah serta budayanya yang berharga,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Bergantung kepada tujuan dan niat

Berbalik kepada kekeliruan sama ada kota tersebut boleh dilawati atau sebaliknya, Bashasunnahar memberitahu, hukumnya adalah bergantung kepada tujuan dan niat asal seseorang individu itu menziarahi kawasan tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Secara umumnya, ada beberapa pandangan berbeza dalam Islam tentang melawat tempat-tempat tertentu. Jika seseorang itu datang dengan niat baik seperti untuk memahami sejarah atau mempelajari budaya, mungkin dianggap harus.

“Namun, jika seseorang ingin bersuka ria di tempat yang pernah dilaknat, hukumnya haram.

“Terdapat hadis bahawa ba­ginda Rasulullah untuk mempercepatkan langkah ketika melalui kawasan yang pernah dilaknat Allah. Kita sebagai umat Islam perlu mencontohi apa yang dilakukan oleh junjungan mulia,” tambahnya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Baca juga artikel yang berkaitan:

Artikel asal oleh: iloveborneo.my

Teruskan Membaca

Mamak News

0 KLANG – Seorang wanita yang juga penduduk Bagan Teo Chew, Pulau Ketam di sini, dilaporkan masih hilang dalam kebakaran tiga buah rumah di...

Lifestyle

0 Tiga bank lanjut pengecualian caj QR Duitnow Public Bank Tarik Balik Kenakan Caj Transaksi DuitNow QR, Lagi 2 Bank Lanjut Pengecualian Caj. Tiga...

Mamak News

0 SINGAPURA: Kesihatan mental di Singapura dilaporkan semakin serius, namun lebih ramai bersedia mendapatkan bantuan, menurut tinjauan Kementerian Kesihatan (MOH). Tinjauan Kesihatan Penduduk Kebangsaan...

Mamak News

0 Yuran Transaksi Bayaran DuitNow QR Tidak Bebankan Golongan Pendapatan Rendah – Anwar KUALA LUMPUR, 29 Sept (Bernama) — Perdana Menteri Datuk Seri Anwar...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications