Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom

Mamak News

Elak Tinggal Lima Barang Ini, Dipercayai Boleh Buat Kereta Meletup


Elak Tinggal Lima Barang Ini, Dipercayai Boleh Buat Kereta Meletup

Sebagai pemilik kereta, banyak perkara yang kita lakukan untuk memastikan peralatan yang ada, membantu memudahkan perjalanan berjalan lancar selain kereta berada dalam keadaan kemas.

Ia seperti meletakkan tempat alas kaki, pemegang telefon, tisu dan lain-lain. Sungguhpun begitu, ada beberapa peralatan terlarang yang tidak boleh diletakkan di dalam kereta.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Barang yang ditinggalkan dipercayai akan memberi kesan buruk kepada kereta. Jadi bagi mengelakkan kereta meletup atau terbakar, ikuti perkongsian video yang dibuat oleh @pakwee888 di TikTok.

BACA: Kapal Selam Titan Dipercayai Mungkin Meletup, Berkecai Jadi Serpihan Kecil – Dakwa Pakar

Lima barang yang dipercayai buatkan kereta meletup 
| KampungmamakcomKredit: @pakwee888/TikTok

Barang yang pertama ialah peralatan power bank dan barang-barang yang mempunyai bateri. Kebiasaannya ramai yang memilih untuk meninggalkan barangan tersebut sama ada di atas dashboard atau di kerusi.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pun begitu, bagi yang tidak mengetahui tindakan itu sebenarnya membawa padah apabila ia ditinggalkan dalam kereta ketika cuaca panas.

| KampungmamakcomKredit: @pakwee888/TikTok

Kemudian, barang yang tidak boleh ditinggalkan dalam kereta ialah pemetik api dan barangan bergas seperti pembunuh nyamuk.

Hal ini boleh menyebabkan kereta meletup sekiranya ia tinggal dalam jangka masa yang panjang.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kereta yang dibiarkan tidak berbumbung di bawah cahaya matahari menyerap haba yang sangat tinggi yang membolehkan pelbagai perkara buruk berlaku sekiranya meninggalkan barang bergas.

| KampungmamakcomKredit: @pakwee888/TikTok

Barang terlarang seterusnya ialah minyak wangi beralkohol. Barang tersebut sering ditinggalkan di dalam kereta untuk dijadikan sebagai barang lebihan sekiranya berlaku kecemasan, yang memerlukan diri untuk tidak pulang ke rumah.

Bagaimanapun, ia boleh mendatangkan masalah apabila minyak wangi itu terkena sinaran matahari. Bukan setakat botolnya pecah malah baunya juga akan berubah menjadi lain.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Seterusnya, cermin mata juga tidak digalakkan untuk tinggal di dalam kereta. Lebih-lebih lagi, cermin mata itu mempunyai kuasa.

Cermin mata itu tidak sepatutnya ditinggalkan dalam kereta di atas dashboard atau tempat yang terkena matahari secara terus.

Jika ditinggalkan, secara tidak langsung ia dipercayai akan membuatkan cermin kereta terbakar selain menghilangkan kuasa yang ada pada cermin mata.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Yang terakhir, ialah tempat pemegang telefon dan tikar getah yang sering menjadi alas dashboard selain sering digunakan oleh pemandu pada zaman kini. 

Penggunaan pemegang telefon amat digalakkan namun sekiranya tempat pemegang itu sering berubah ia akan menyebabkan dashboard rosak dengan kesan getah yang ada pada barangan tersebut.

Perasan tak kalau cuaca panas, pemegang telefon itu akan terjatuh daripada tempat asal disebabkan getahnya menjadi cair membuatkan ia hilang cengkaman.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Apabila ia meninggalkan kesan, tidak mudah untuk membersihkannya walaupun dihantar kepada tempat membasuh kereta yang dikendalikan oleh profesional.

Pastikan getah pemegang telefon itu mempunyai cengkaman yang kuat supaya ia tidak meninggalkan kesan degil.

Tonton video penuh di bawah ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

@pakwee888

Elak Letak brg bi dom kete korg😱😱😱 #pakwee #fyp #dtinzautodetailing #utkkomeajerr #tipskereta #knowlage#tips #fypmalaysiaviraltiktok #pengetahuan

♬ original sound – [email protected]_BatuGajah – [email protected]_BatuGajah

Sumber: @pakwee888/TikTok

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel asal oleh: Siakap Keli

Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s PENCABAR takhta Liga Hi Malaysia (MHL), Tenaga Nasional Berhad (TNB) terus menunjukkan aksi meyakinkan selepas membelasah wakil China, Pasukan Hi Liaoning 13-1 pada...

Hiburan

3s PETALING JAYA – “Lawan tetap lawan.” Demikian luahan wanita bernama Nazatul Nazira yang berdepan saman daripada pelakon, Puteri Sarah membabitkan tuntutan berjumlah RM1...

Sukan

3s LONDON – Juara Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) 2020, Joan Mir mengakui saingan kali ini merupakan tahun paling getir dalam kariernya selepas bermula dengan...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Berusaha melunaskan hutang kepada kakak iparnya, Siti Nor Hidayah Mohd. Ali, pelawak Ali Puteh menjual satu persatu barangan peribadi termasuk...

Advertisement