Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom
#image_title

Hiburan

Ella hajat tunai haji tahun ini


PETALING JAYA – Penyanyi Ella berhasrat impiannya untuk menunaikan ibadah haji di Tanah Suci Mekah pada tahun ini dapat direalisasikan.

Selain impian untuk menunaikan ibadah haji, Ella atau nama lengkapnya Nor Zila Aminuddin, 57, juga telah membuat beberapa perancangan lain membabitkan kerjaya seninya bagi tahun 2024.

“Insya-Allah, kalau diberikan rezeki dan umur yang panjang, saya ingin mengerjakan haji di Tanah Suci Mekah pada tahun ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Mengenai lagu baharu pula, kalau boleh memang saya ingin keluarkan secepat mungkin,” katanya dalam Instagram.

Pada masa sama, penghibur yang digelar ‘ratu rock’ itu turut menitipkan pesanan kepada peminatnya agar berwaspada dalam situasi masa kini, terutama dengan peningkatan semula kes Covid-19.

“Covid-19 bukanlah perkara baharu buat kita. Hati-hati apabila berada di tempat umum dan terbuka. Pakailah pelitup muka dan jaga kesihatan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Kalau boleh, elakkan keluar dengan terlalu kerap kecuali untuk hal yang penting sahaja,” ujarnya yang kini dalam persiapan untuk mengadakan Konsert Jilid Akhir: Ella Puteri Kota di Kota Kinabalu, Sabah pada 20 Januari ini.

Konsert yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) itu juga merupakan persembahan siri keempat jelajahnya selepas kejayaan konsert sama di Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Singapura.

Terdahulu, siri jelajahnya meraih pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBR) sebagai konsert paling laris dengan jualan 10,000 tiket dalam tempoh 24 jam. – KOSMO! ONLINE

Advertisement. Scroll to continue reading.


Sumber: Kosmo Online

Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement