Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom

Mamak News

Elon Musk Dedah Twitter Tawar ‘Pengampunan’ Untuk Akaun Digantung Bermula Minggu Depan


Elon Musk Dedah Twitter Tawar ‘Pengampunan’ Untuk Akaun Digantung Bermula Minggu Depan

Pemilik dan Ketua Pegawai Eksekutif Twitter, Elon Musk dalam satu tweet berkata, pihaknya sedia memberikan ‘pengampunan am’ kepada beberapa akaun yang digantung sebelum ini.

Keputusan itu dibuat selepas beliau sebelum ini mengadakan tinjauan secara atas talian sama ada akaun yang telah digantung, dengan syarat tidak melanggar undang-undang atau terlibat dalam aktiviti spam yang teruk, perlu diberikan pengampunan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Tinjauan tersebut disertai lebih daripada 3.1 juta pengguna Twitter dengan 72.4% daripada mereka mengundi “Ya”. Susulan itu, beliau berkata pengampunan akan diberikan bermula Rabu depan.

Should Twitter offer a general amnesty to suspended accounts, provided that they have not broken the law or engaged in egregious spam?

— Elon Musk (@elonmusk) November 23, 2022

Advertisement. Scroll to continue reading.

 

 

Bagaimanapun, beliau tidak memperincikan bagaimana proses pengampunan itu akan dijalankan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sabtu lepas, Twitter mengembalikan akaun Donald Trump, bagaimanapun bekas Presiden Amerika Syarikat itu mungkin tidak akan kembali ke platform berkenaan selepas melihat tiada keperluan untuk beliau berbuat demikian.

Akaun Trump digantung pada 2021 kerana dibimbangi boleh mencetuskan keganasan, selepas segelintir penyokongnya merusuh di US Capitol.

Selain itu, akaun milik bekas billionaire, Ye (Kenye West) dan Andrew Tate juga dikembalikan. Namun begitu, Elon Musk menegaskan ahli teori konspirasi terkenal, Alex Jones tidak akan dibenarkan kembali ke platform itu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Jones sebelum ini diarahkan membayar ganti rugi sebesar US 1.4 bilion selepas berulang kali mendakwa insiden tembakan di Sekolah Sandy Hook yang mengorbankan 20 kanak-kanak dan enam orang dewasa sebagai berita palsu.

Musk berkata, beliau tidak mempunyai sebarang belas kasihan kepada mana-mana individu yang tergamak menggunakan kematian kanak-kanak untuk kepentingan politik atau meraih populariti.

BACA: “Saya Juga Insan Biasa, Yang Punya Rasa Sedih & Kecewa”, Coretan Ikhlas Tan Sri Muhyiddin Yassin

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Elon Musk via Twitter, BBC News


Artikel asal oleh: Siakap Keli

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Hiburan

3s PETALING JAYA – Memasuki tahun ketiga perkahwinan, penyanyi Elizabeth Tan berharap dikurniakan cahaya mata sebagai pelengkap kehidupan. Kata pemilik nama lengkap Elizabeth Tan...

Hiburan

3s PETALING JAYA – “Sentiasa teng perkongsian tentang umrah.” Itu antara tip yang dikongsi pelakon Aprena Manrose agar doa dan impian setiap umat Islam...

Sukan

3s MANCHESTER – Pemain pertahanan Manchester United, Lisandro Martinez sekali lagi terpaksa melupakan aksi musim ini apabila mengalami masalah kecederaan ligamen lutut ketika menentang...

Sukan

0 PETALING JAYA – Aksi pembuka tirai saingan Liga Malaysia (Liga M) musim 2024/2025 dianjakkan ke 10 Mei depan bagi membolehkan Liga Bola Sepak...

Advertisement