Hi, what are you looking for?

Mamak News

Empat maut dalam serangan pisau dan senapang di Jepun


TOKYO: Polis Jepun menahan seorang lelaki yang menyembunyikan diri di dalam bangunan selepas didakwa membunuh empat mangsa termasuk dua anggota polis dalam serangan menggunakan senapang dan pisau.

Lelaki itu ditahan di luar kawasan ladang berhampiran bandar Nakano di wilayah Nagano, dengan polis mengesahkan kematian keempat semalam – seorang wanita warga emas yang ditemui cedera di tempat kejadian, sebelum disahkan meninggal dunia.

Jurucakap polis memberitahu AFP, suspek ditahan kira-kira pukul 4.30 pagi, selepas ditemui bersembunyi selama beberapa jam di dalam rumah milik bapanya  yang merupakan seorang Speaker Dewan di bandar Nakano, lapor agensi berita Kyodo.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dia didakwa menikam mangsanya dengan pisau besar, sebelum menggunakan senapang memburu untuk menembak dua anggota polis yang menjawab panggilan kecemasan.

Pihak berkuasa menggesa orang ramai untuk kekal tinggal di dalam rumah selepas kejadian amuk bermula pada petang Khamis.

Pegawai yang terbunuh dikenali sebagai Yoshiki Tamai, 46, dan Takuo Ikeuchi, 61.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dua wanita, termasuk ibu suspek, melarikan diri dari rumah tempat suspek bersembunyi, seorang berjaya keluar kira-kira jam 8.35 malam dan seorang lagi selepas tengah malam.

Seorang saksi memberitahu penyiar awam NHK, dia bekerja di ladang berhampiran apabila ‘seorang wanita berlari dari jalan sambil berkata, ‘tolong saya’, dan terjatuh.

“Di belakangnya datang seorang lelaki yang membawa pisau besar, lalu menikam di belakang wanita itu,” kata saksi berusia 72 tahun itu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dia kemudian menghubungi perkhidmatan kecemasan manakala jiran cuba menyelamatkan wanita itu.

NHK, yang memetik polis, berkata penyerang kemudian melepaskan tembakan dipercayai senapang patah ke arah pegawai polis yang tiba di tempat kejadian.

Penyerang kemudian meletakkan senjata itu pada tingkap kereta peronda polis dan melepaskan tembakan dua kali, lapor NHK. Motif serangan belum diketahui. – AFP

Advertisement. Scroll to continue reading.


Sumber: Utusan Malaysia

Teruskan Membaca

Sukan

0 PETALING JAYA – Penyerang antarabangsa Colombia, Radamel Falcao dilaporkan sudah berada di Johor Bahru sekali gus menguatkan lagi spekulasi bakal bermain dalam kancah...

Hiburan

0 PETALING JAYA – Penyanyi Iman Troye menghadiahkan wang tunai RM300 kepada pelajar yang mencapai peningkatan dalam apa sahaja mata pelajaran bagi keputusan Sijil...

Mamak News

0 KUALA NERUS – Seorang mekanik maut setelah kereta Perodua Kancil dipandunya merempuh bahagian belakang sebuah jengkaut di Kampung Buluh Gading di sini, hari...

Mamak News

0 JAKARTA: Seorang penyanyi cacat penglihatan dari Indonesia menerima kejutan besar apabila berjaya meraih Golden Buzzer dalam rancangan America’s Got Talent (AGT), baru-baru ini....

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications