Hi, what are you looking for?

Mamak News

Enam kenderaan rosak dirempuh lori 10 tan


Sertai Telegram @KampungMamak untuk kemaskini terpantas.

GUA MUSANG – Sebanyak enam buah kenderaan mengalami kerosakan selepas dirempuh sebuah lori 10 tan dalam nahas di Kilometer 8, Jalan Gua Musang – Kuala Krai di sini hari ini.

Kenderaan yang terlibat dalam kemalangan itu terdiri daripada lori jenis Hino, kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Perodua Alza, MPV Nissan Grand Livina, kereta Proton Saga dan tiga buah Perodua Myvi.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 3 petang sewaktu enam buah kenderaan itu terperangkap dalam aliran trafik yang bergerak perlahan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Katanya, kemalangan berlaku apabila lori itu gagal berhenti sebelum hilang kawalan lalu merempuh kenderaan yang sedang menghala dari arah Gua Musang ke Kuala Krai.

“Siasatan mendapati, pemandu lori berusia 31 tahun itu telah membrek, namun kenderaannya menggelongsor sejauh 117 meter dan terus melanggar bahagian belakang MPV Perodua Alza.

“Lori berkenaan kemudian terus terbabas dan melanggar bahagian hadapan Nissan Grand Livina dan belakang tiga buah kereta,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.
Keadaan lori yang merempuh enam buah kenderaan di Kilometer 8, Jalan Gua Musang-Kuala Krai, Gua Musang.

Choon Foo berkata, kejadian itu telah mengakibatkan tujuh kenderaan rosak dan dua mangsa cedera ringan pada bahagian kepala dan tangan.

Katanya, lori itu tidak membawa sebarang muatan semasa kejadian dan sedang dalam perjalanan ke ladang sawit di Felda Aring 8 di sini.

“Kemalangan itu menyebabkan laluan di kedua-dua arah bergerak perlahan selama 45 minit kira-kira sejauh 1 kilometer

“Mangsa yang mengalami kecederaan menerima rawatan di Unit Kecemasan Hospital Gua Musang. Ujian saringan air kencing mendapati pemandu lori itu negatif dadah,” katanya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sementara itu, seorang mangsa kemalangan, Muhammad Saifullah Mohd. Shahuli, 29, berkata, dia bersama keluarganya dalam perjalanan pulang ke kampung di Kok Lanas.

Katanya, dia bersyukur anak dan isterinya terselamat dalam kemalangan terbabit.

“Alhamdulillah, saya sangat bersyukur kami semua terselamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Kejadian ini sangat mengejutkan apabila lori secara tiba-tiba merempuh kereta kami dari arah belakang. Keadaan itu menyebabkan kereta saya melanggar kereta lain di hadapan,” katanya. – KOSMO! ONLINE


Sumber: Kosmo Online

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. PUTRAJAYA, 25 Sept (Bernama) — Seorang mahasiswa rakyat Malaysia di Universiti Al-Azhar yang sebelum ini ditahan pihak berkuasa Mesir...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. KUALA LUMPUR – Polis sedang mengesan lelaki bunuh anjing liar dengan menggunakan busur panah di Sky Awani 3,...

Sukan

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. PETALING JAYA – Dua pelari pecut negara, Jonathan Nyepa dan Khairul Hafiz Jantan membanggakan nama Malaysia apabila memenangi...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. BERAU: Seorang lelaki tidak menyangka anak yang dikandung dan dilahirkan isterinya bukan anaknya, sebaliknya, bayi itu merupakan darah...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications