Hi, what are you looking for?

Mamak News

Enam lagi ditahan kes rasuah Ketua Polis Daerah


KUANTAN – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan lima lagi penguatkuasa dan seorang orang awam bagi membantu siasatan susulan kes rasuah disyaki melibatkan seorang Ketua Polis Daerah.

Menurut sumber, dua daripada penguatkuasa adalah polis masing-masing berpangkat inspektor dan koperal manakala dua lagi adalah anggota penguatkuasa Jabatan Imigresen (JIM) yang berusia 41 dan 49 tahun.

Kesemua mereka ditahan bagi membantu siasatan terhadap seorang Ketua Polis Daerah berusia 53 tahun yang disyaki menerima rasuah secara bulanan antara RM20,000 hingga RM50,000 dengan anggaran keseluruhan bernilai lebih RM1 juta dari 2017 hingga 2022.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Bayaran rasuah ini disyaki bagi melindungi pusat-pusat hiburan dan pusat-pusat urut di sekitar kawalannya daripada sebarang penguatkuasaan yang boleh mengganggu perniagaan terbabit.

“Kedua-dua anggota Imigresen yang ditahan itu pula disyaki meminta dan menerima rasuah daripada pemilik pusat-pusat urut di sekitar negeri ini bagi mempercepatkan proses pembaharuan permit kerja pekerja warga asing,” kata sumber terbabit.

Sementara itu, Pengarah SPRM Pahang, Hairuzam Mohmad [email protected] mengesahkan tangkapan dan siasatan dijalankan dibawah seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009. – KOSMO! ONLINE

Advertisement. Scroll to continue reading.


Sumber: Kosmo Online

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Tular Video Staf Lapangan Terbang Filipina Kantoi Telan Duit Disyaki Dicuri Daripada Pelancong China Seorang kakitangan wanita lapangan terbang di Filipina kantoi menelan...

Mamak News

0 KUALA LUMPUR – Lima anggota polis antara enam individu ditahan selepas disyaki melarikan seorang lelaki dari sebuah kedai makan yang terletak di Desa...

Mamak News

0 PETALING JAYA – Seorang wanita yang juga suri rumah mencari ‘kawan upahan’ selepas dipercayai mengalami tekanan melampau (burnout), akibat tiga tahun terperap menguruskan...

Mamak News

0 Polis Tahan Lelaki, Disyaki Suspek Kes Bunuh Penyanyi Rap, Tupac Shakur 27 Tahun Lepas Polis Amerika Syarikat menahan seorang lelaki di Las Vegas,...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications