Hi, what are you looking for?

lari dari penjara Israel

Mamak News

Enam Tawanan Warga Palestin Berjaya Loloskan Diri Dari Penjara Terketat Di Israel


Awal pagi tadi berlaku kejadian yang menggemparkan Israel apabila 6 orang tawanan Palestin berjaya membebaskan diri mereka daripada penjara yang paling ketat di Israel, Gilboa dengan menggali terowong dari dalam penjara.

6 orang tawanan yang berjaya melepaskan diri itu terdiri daripada 4 orang yang sedang menjalani hukuman penjara seumur hidup; Mahmud Al-Aridah (46 tahun), Muhammad Al-Aridah (39 tahun), Ya’qub Qadiri (39 tahun), dan Iham Kamamji (35 tahun).

Manakala 2 orang lagi merupakan tahanan yang ditahan tanpa bicara; Zakariyya Zabidi (45 tahun), dan Munadil (26 tahun).

Advertisement. Scroll to continue reading.

Berikut merupakan gambar lubang terowong diluar penjara yang telah berjaya digali oleh tawanan Palestin tersebut. Kehilangan mereka disedari sejam selepas mereka membebaskan diri apabila terdapat laporan sekumpulan lelaki yang mencurikan berada di luar pagar penjara.

Di luar penjara itu juga, mereka mendapati beberapa helaian pakaian penjara yang dikoyakkan dan ditinggalkan oleh para tawanan setelah mereka berjaya membebaskan diri daripada penjara.

Terowong yang digali oleh tawanan tawanan tersebut dari dalam penjara. Video telah disiarkan oleh pihak penjara Israel. Penjara Gilboa merupakan penjara yang paling ketat dan memiliki kawalan keselamatan yang paling canggih di Israel. Kejadian ini benar-benar memberi tamparan hebat buat Israel.

MEMINDAH TAHANAN KE PENJARA LAIN

Dalam pada masa yang sama, pihak Penjara Gilboa memindahkan kesemua tahanan ke penjara lain untuk melakukan pemeriksaan yang menyeluruh terhadap penjara jika ada terowong terowong lain yang digali.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Penjajah Zionis menggerakkan seluruh tenaga untuk menjejaki enam orang tawanan Palestin yang berjaya membebaskan diri. Sehingga kini mereka gagal mencari mereka. Tentera juga mengeluarkan arahan agar kawalan sempadan Gaza diperketatkan bagi mengelak tawanan pergi ke sana.

Tiga orang daripada tawanan Palestin tersebut tertulis pada kad penjara mereka, “Highly To Escape”. Tetapi hari ini mereka berjaya melepaskan diri daripada penjara paling ketat Israel. Ini memberikan tamparan yang hebat terhadap sistem keselamatan Israel.

Apa yang lebih megejutkan adalah mereka menggali lubang tersebut dengan hanya menggunakan sudu dalam tempoh berbulan-bulan lamanya, dan akhirnya mereka berjaya melarikan diri dari penjara Gilboa, sebuah penjara yang dikatakan mempunyai kawalan yang paling ketat di Israel.

Diolah dari perkongsian asal di Twitter oleh Fakhri Fadzli.

BACA: Kisah Sebenar Di Sebalik Texas Chainsaw Massacre: Si Kejam Ed Gein

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Lifestyle

0 Diskaun 5 hingga 25 peratus Abang Jo Beri Diskaun Hingga 25 Peratus Bil Elektrik Selama 6 Bulan Buat Rakyat Sarawak. Kerajaan Sarawak bersetuju...

Mamak News

0 SHAH ALAM – Pelabuhan di Selangor dijangka akan seluas saiz Singapura sekiranya Pulau Carey direalisasikan menjadi pelabuhan ketiga di negeri ini. Ini selepas...

Mamak News

0 PUTRAJAYA, 2 FEBRUARI 2023 – Kementerian Perdagangan Dalam  Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) ingin memaklumkan bahawa, susulan  daripada pengumuman YAB Perdana Menteri...

Mamak News

0 SINGAPURA: Seorang wanita yang sudah berkahwin dan menjalin hubungan sulit dengan rakan kongsi perniagaannya memasang kamera video mini di tandasnya supaya lelaki itu...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications