Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom
#image_title

Sukan

EPL: Arsenal kembali rapatkan jurang


NOTTINGHAM – Dua gol menerusi Gabriel Jesus dan Bukayo Saka memastikan Arsenal terus mencabar takhta Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas menewaskan Nottingham Forest 2-1 pada perlawanan di City Ground awal pagi semalam.

Pada perlawanan itu, The Gunners dilihat sedikit bergelut di separuh masa pertama sebelum mengambil kesempatan atas permainan terbuka yang dipamerkan pasukan tuan rumah selepas waktu rehat.

Pengurus Arsenal, Mikel Arteta mengakui gembira dengan kemenangan itu, terutamanya mereka berjaya mengekalkan aksi konsisten selepas turut menewaskan Crystal Palace 5-0 pada perlawanan terdahulu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Sebelum ini kami bermain cukup baik menentang Crystal Palace dan mahu mengekalkan rentak kemenangan itu. Saya rasa sangat gembira kerana kami berjaya mencatat kemenangan berturut-turut selepas rehat musim sejuk.

“Hari ini (semalam) kami menunjukkan aksi yang cukup dominan walaupun perlu bersabar untuk melakukan jaringan ke atas Forest. Ini adalah Liga Perdana, jadi kami perlu mengharungi kesukaran untuk dapatkan tiga mata,” katanya.

Dalam pada itu, beliau juga berpuas hati menyaksikan anak-anak buahnya menewaskan Forest yang dianggap sebagai salah satu pasukan yang meranapkan harapan mereka memenangi Liga Perdana musim lalu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Saya tahu kemampuan mereka kerana kami antara pasukan yang berdepan kekecewaan menentang Forest musim lalu. Kali ini kami berjaya tampilkan aksi terbaik dan catat kemenangan ke atas mereka,” ujar Arteta. – AGENSI


Sumber: Kosmo Sukan

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement